Permohonan Kelulusan Pengiklanan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
Ruj : JPK 800-2/1/1 ( 27 )
Tarikh : 13 Disember 2018
Penyedia Latihan Kemahiran /Pusat Bertauliah
Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Adalah dimaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Di Bawah Akta 652 (JKTA 652) Bil. 4/2018 bertarikh 9 Oktober 2018 telah memutuskan semua Penyedia Latihan Kemahiran, Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia hendaklah membuat permohonan kelulusan pengiklanan kepada Ketua Pengarah sebelum penyiaran sesuatu iklan. Arahan ini berkuatkuasa serta-merta kepada semua Penyedia Latihan Kemahiran yang diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran sebagai Pusat Bertauliah Sistem Pentauliahan, Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Pekerja Berkemahiran Peneraju Kecemerlangan Negara”
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia
18 Disember 2018
Muat turun Makluman