Pemakluman Pelanjutan Tarikh Pendaftaran Pelatih Bagi Sesi 3/2018 Daripada 31 Ogos 2018 Kepada 28 September 2018 Bagi Pusat Bertauliah(PB) Yang Telah Menerima Kuota Pinjaman Pelatih Daripada PTPK

Pemakluman Pelanjutan Tarikh Pendaftaran Pelatih Bagi Sesi 3/2018 Daripada 31Ogos 2018 Kepada 28 September 2018 Bagi Pusat Bertauliah(PB) Yang Telah Menerima Kuota Pinjaman Pelatih Daripada PTPK

Ruj      : JPK/700/Jld.43 / 1 (    31   )

Tarikh :      29     Ogos 201 8

Salam Kemahiran,

 2.    Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan memutuskan tarikh pendaftaran pelatih Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) bagi sesi pengambilan ketiga (Sesi 3/2018) yangdijadualkan berakhir pada 31Ogos 2018 untuk dilanjutkan kepada 28 September 2018 bagi PB yang telah menerima kuota pinjaman pelatih daripada PTPK sahaja.

 

3.     Pelanjutan ini adalah bagi tujuan proses pembayaran pendaftaran pelatih kepada JPK . Walaubagaimanapun, tarikh mula latihan mestilah dalam tempoh 1 Julai 2018 sehingga 31Ogos 2018 .

 

 4.     Bagi tujuan tersebut, PB hendaklah mengemukakan sesalinan surat kelulusan kuota pinjaman pelatih daripada PTPK semasa membuat pendaftaran dan pembayaran kepada JPK. Bagi PB yang gagal mengemukakan salinan surat kelulusan tersebut, permohonan pendaftaran pelatih akan ditolak.

 

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Pekerja Berkemahiran Peneraju Kecemerlangan Negara

Timbalan Ketua Pengarah (Operasi)

Jabatan Pembangunan Kemahiran,
  Kementerian Sumber Manusia

 

Muat Turun Dokumen

save Pelanjutan Tarikh Pendaftaran Pelatih Bagi Sesi 3/2018

 

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…