Ujian Tanpa Musnah (NDT)
Info Terkini 2023
Pemakluman Pelaksanaan SPKM-NDT Berdasarkan ISO 9712:2021 Yang Akan Berkuatkuasa Pada 1 Jun 2023
Success Story Malaysia dalam bidang Ujian Tanpa Musnah (NDT)
Pengenalan
Ujian Tanpa Musnah atau lebih dikenali sebagai NDT adalah satu bentuk pengujian bahan/komponen tanpa memusnah, merosak atau mengubah struktur bahan tersebut. Aplikasi NDT digunakan secara meluas di dalam sektor industri minyak dan gas, pembuatan, perkapalan, aeroangkasa, landasan keretapi dan loji kuasa.
Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Ujian Tanpa Musnah (SPKM-NDT)
Polisi
i. Mengesahkan pengetahuan dan kekompetenan melalui kaedah ujian teori dan amali bagi tahap yang ditetapkan berpandukan ISO 9712:2021
ii. Menyediakan bukti berdokumen bagi pemohon-pemohon yang berjaya melalui penganugerahan sijil SKM
iii. Menyediakan satu sistem persijilan kepada pemegang SKM NDT yang diiktiraf oleh mana-mana badan persijilan lain, pihak industri, pihak berkuasa dan persatuan-persatuan samada di peringkat kebangsaan dan antarabangsa berpandukan ISO 9712:2021.
iv. Menyediakan sistem persijilan yang telus, adil dan saksama kepada semua pemohon-pemohon yang berkelayakan.
Objektif
i. Mengurus permohonan peperiksaan mengikut syarat yang ditetapkan dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh permohonan lengkap diterima.
ii. Mengeluarkan slip keputusan peperiksaan bagi calon-calon yang menduduki peperiksaan dalam tempoh tiga (3) minggu selepas tarikh keputusan mesyuarat Jawatankuasa Peperiksaan NDT
iii. Mengeluarkan Sijil NDT bagi permohonan yang lengkap dalam tempoh tiga (3) minggu dari tarikh keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Permohonan Persijilan NDT.
i. Pemeriksaan Radiografi
ii. Pengujian Arus Pusar
iii. Pengujian Penembusan
iv. Pemeriksaan Ultrasonik
v. Pengujian Partikel Magnetik
vi. Pentafsiran Radiografi
vii.Pemeriksaan Radiografi – Digital
ISO 17024:2012 & ISO 9712:2021
Klik untuk lihat Sijil dan Skop Akreditasi |
Pengiktirafan SPKM-NDT
Mulai Januari 2015, Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia) sebelum ini dikenali sebagai Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (Atomic Energy Licensing Board - AELB) telah mengiktiraf kelayakan SKM NDT Tahap 2 Pemeriksaan Radiografi atau Radiographic Testing (RT) sebagai syarat lantikan Pengendali Radiograf dan SKM NDT Tahap 1 Pengujian Radiografi sebagai syarat lantikan Pengendali Pelatih.
JPK telah menerima pengiktirafan daripada ICNDT (International Committee for Non-Destructive Testing) mulai 26 September 2019 dan telah disenaraikan di dalam ICNDT MRA Schedule 2 (Muat turun : Schedule 2 & Schedule 1) sebagai Badan Persijilan NDT yang telah memenuhi syarat dan keperluan Standard Antarabangsa yang berkenaan (ISO 9712 dan ISO 17024). ICNDT merupakan sebuah organisasi bebas antarabangsa yang dianggotai oleh negara-negara yang melaksanakan sistem persijilan NDT dan berdaftar serta berpangkalan di Vienna, Austria.
Sistem eNDT merupakan sistem atas talian (online) yang dibangunkan oleh JPK, khusus untuk program NDT, bagi mempertingkatkan sistem penyampaian dan pengurusan SPKM-NDT. Sistem ini juga membolehkan urusan seperti permohonan persijilan dan peperiksaan serta saluran maklumat dibuat secara atas talian bagi program NDT.
i. Peperiksaan NDT
- Calon Baharu
- Calon Mengulang (Kali pertama & Kali kedua)
- Calon Verifikasi (selepas 10 tahun)
ii. Persijilan NDT
- Persijilan Baharu
- Pembaharuan Persijilan (selepas 5 tahun)
- Persijilan Semula (selepas 10 tahun)
- Sijil ganti
Sistem Atas Talian – Sistem MySPIKE
(klik untuk pautan)
Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia atau MySPIKE merupakan sistem pangkalan data berpusat yang dibangunkan untuk meningkatkan sistem penyampaian dan pengurusan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM). Khusus bagi program NDT, permohonan Personel SPKM-NDT boleh dibuat melalui sistem ini.
Senarai Personel SPKM-NDT:
1) Pengurus Latihan Pusat Bertauliah NDT (PL PB NDT)
2) Pengajar NDT (NDT-I)
3) Jurutunjuk NDT
4) Ketua Pemeriksa NDT (NDT-CE)
5) Pemeriksa NDT (NDT-E)
6) Pembantu Bengkel NDT
7) Panel Industri NDT
i. Tempoh Sah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) NDT
Tempoh sah SKM NDT adalah selama lima (5) tahun atau kurang. Setiap pemegang sijil dikehendaki memperbaharui sijil tersebut enam (6) bulan sebelum tarikh sah sijil tamat.
ii. Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) NDT
Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) atau lebih dikenali sebagai NOSS (National Occupational Skills Standards) menggariskan standard kompetensi bagi personel NDT yang melaksanakan khidmat pengujian kepada industri dan dibangunkan mengikut keperluan ISO 9712:2021. Ia merupakan asas pengukuran kompetensi individu untuk penganugerahan kelayakan dan Sijil di bawah SPKM NDT. Rujuk senarai NOSS NDT >>klik disini<<
Klik untuk lihat senarai pusat bertauliah dan program
Malaysian Society for Non-Destructive Testing (MSNT) sebagai Industrial Lead Body (ILB) NDT
(klik untuk pautan ke MSNT)
Dasar Kesaksamaan (Impartiality Policy) Jabatan
Pengurusan tertinggi JPK komited terhadap kesaksamaan (impartiality) dalam perkhidmatan Persijilan SPKM-NDT dan menyediakan peluang untuk penglibatan berkesan oleh pihak yang berkepentingan untuk menjaga kesaksamaan melalui Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Kemahiran (JPPK). JPK bertanggungjawab ke atas kesaksamaan aktiviti Persijilan SPKM-NDT.
- JPK bertanggungjawab ke atas kesaksamaan aktiviti Persijilan SPKM-NDT;
- JPK tidak akan membenarkan sebarang aktiviti komersil, kewangan atau lain-lain aktiviti yang boleh menggugat kesaksamaannya; dan
- JPK akan memastikan aktiviti persijilan distruktur dan diurus dengan mengambil kira penglibatan dari pihak pemegang taruh (stakeholder) secara seimbang demi menjaga kepentingan kesaksamaan serta mengelakkan conflict of interest bagi memastikan objektif dan aktiviti persijilan terpelihara.
Semua kakitangan dan jawatankuasa di bawah JPK adalah komited untuk mematuhi sepenuhnya perisytiharan ini. Semua kakitangan dan jawatankuasa di bawah JPK termasuk Ketua Pengarah, pengurusan tertinggi, kakitangan, jawatankuasa dan pakar teknikal dikehendaki melengkapkan dan menandatangani Borang Akujanji.
Ts. DR. MOHAMAD BIN SULAIMAN
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan KemahiranCarta Alir Pengurusan SPKM NDT
Bil | Tajuk | |
1 |
Carta Alir Pengurusan Aduan SPKM NDT |
Muat Turun |
2 | Carta Alir Pengurusan Rayuan SPKM NDT | Muat Turun |
Jadual Peperiksaan NDT
Bil | Tajuk | |
1 |
Jadual Peperiksaan 2024 | Muat Turun |
Senarai Panduan SPKM-NDT
Bil |
Tajuk | |
1 | Panduan Menduduki Peperiksaan Ujian Tanpa Musnah (JPK/PanduanNDT/01) | Muat Turun |
2 | Panduan Permohonan Persijilan NDT (JPK/PanduanNDT/02) | Muat Turun |
3 | Panduan Pelaksanaan & Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah NDT (JPK/PanduanNDT/03) | Muat Turun |
4 | Panduan Penggunaan Logo Skim Persijilan NDT, Tanda Akreditasi dan Tanda Certified Person (JPK/PanduanNDT/09) | Muat Turun |
5 | Panduan Permohonan Persijilan Semula Melalui Sistem Kredit (JPK/PanduanNDT/10) | Muat Turun |
6 | Panduan Program Khas Pengalaman Industri Di Pusat Penyediaan Pengalaman (JPK/PanduanNDT/11) | Muat Turun |
7 | Polisi NDT untuk TA (Training Agencies) & EC (Examination Centres) | Muat Turun |
8 | Senarai Kursus SKM NDT dan Pusat Latihan | Muat Turun |
Senarai Borang SPKM-NDT
Bil |
Tajuk | |
1 |
Borang Ujian Penglihatan (JPK/Borang NDT/01) |
Muat Turun |
2 | Borang Pengalaman Industri Dalam Kaedah NDT (Sektor Industri) (JPK/Borang NDT/04) | Muat Turun |
3 | Borang Pengalaman Dalam Kaedah NDT Bagi Tahap 3 (JPK/Borang NDT/05) | Muat Turun |
4 | Lampiran Panduan Pelaksanaan & Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah NDT (JPK/PanduanNDT/03) | Muat Turun |
5 | Borang Permohonan Sebagai EPC | Muat Turun |
6 | Borang Permohonan Pengalaman di EPC | Muat Turun |
7 | Borang Pengumpulan Mata Kredit tahap 1, 2 dan 3 | Muat Turun |
Hubungi Kami :-
Mohd Sarfudin bin Awang Penolong Kanan Pengarah 03-8886 2465 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
|
Ts. Suliyana binti Saraman Penolong Kanan Pengarah 03-8886 5483 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Encik Abdul Rahim bin Mustafa Khalid Penolong Kanan Pengarah 03-8886 5295 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Encik Mohd Helmi bin Zainal Pegawai Kanan Pembangunan Kemahiran 03-8886 2466 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Encik Zainal bin Abd Jalil Pegawai Pembangunan Kemahiran 03-8886 5641 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
Galeri Video dan Aktiviti SPKM-NDT
Video Korporat Ujian Tanpa Musnah (NDT) JPK
Calon-calon sedang menduduki peperiksaan teori Pemeriksaan Radiograf di SIRIM Berhad |
Ketua Pemeriksa sedang memberi penerangan kepada calon peperiksaan Digital Radiography (RCA Course) |
Pakar Industri NDT sedang menjalankan pemeriksaan terhadap sampel peperiksaan |
Calon-calon sedang menduduki peperiksaan teori Pemeriksaan Radiograf di Agensi Nuklear Malaysia |
Sesi witness audit peperiksaan praktikal Pemeriksaan Radiografdi Ruane-TATI Sdn. Bhd. |
Calon-calon sedang menduduki peperiksaan praktikal Penguji Arus Pusar di RSA Academy Sdn. Bhd. |
Calon peperiksaan praktikal Penembus Cecair di RSA Academy Sdn. Bhd. |
Calon-calon sedang menduduki peperiksaan teori di Agensi Nuklear Malaysia. |
Calon-calon sedang menduduki peperiksaan teori Ultrasonik di ITC Skills Training Institute |