Pekeliling / Dokumen Berkaitan Artikulasi

icon pdfGaris Panduan Laluan Artikulasi Lulusan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) untuk Kemasukan ke Program Ijazah Sarjana Muda di IPTA

icon pdf Pengakreditan Pengalaman Pembelajaran Terdahulu (APEL) sebagai Salah Satu Kelayakan Masuk ke Program PeringkatSijildan Diploma Pengajian Tinggi

 

hand iconSurat Makluman Mengenai Kelayakan Sijil dari Institut Kemahiran MARA (IKM) atau Institut Latihan Perindustrian (ILP) bagi Kemasukan ke Program Higher National Diploma (HND), Institusi PengajianTinggi Awam (IPTA) JPT(A) 1000/001/013/05 Jilid 2 (19)

 

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Kolej Komuniti (2 tahun, 60 kredit) sebagai Kelayakan Masuk ke Program Akademik Peringkat Sijil dan Diploma 

Perkara  Dasar / Prosedur

Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil Kolej Komuniti (2 Tahun, 60 kredit) sebagai kelayakan masuk ke program akademik peringkat sijil dan diploma

Sumber: Minit Mesyuarat Kajian Semula Dasar-Dasar Berkaitan Jaminan Kualiti Bil. 1/2011

1. Sijil Kolej Komuniti yang tempoh pengajian program tersebut adalah dua tahun dengan jumlah minimum kredit bergraduat sebanyak 60 kredit serta Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 adalah dibenarkan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat diploma tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:

  1. Lulus SPM dengan sekurang-kurangnya satu kepujian;
  2. Menyambung pengajian Diploma dengan bidang yang sama;
  3. Sekiranya perlu, IPT perlu menyediakan program bridging sebagai program pengukuhan bagi pelajar yang beralih dari sektor kemahiran/teknikal kepada sektor akademik.

2. SKM tahap 2 boleh digunakan sebagai kelayakan masuk ke program sijil akademik (Tahap 3 KKM) di IPTS dengan syarat pelajar tersebut lulus SPM.

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…