Pemakluman Permohonan Lawatan Verifikasi Pengawai Pengesah Luaran

Pemakluman Permohonan Lawatan Verifikasi Pengawai Pengesah Luaran

Dalam usaha memperkemas dan menyusun semula urusan permohonan verifikasi Pegawai Pengesah Luaran (PPL) adalah dimaklumkan bahawa mulai Ogos 2013 semua penugasan lawatan verifikasi PPL akan dilaksanakan sebanyak enam (6) kali sahaja dalam setahun. Permohonan hanya boleh dibuat pada bulan Februari, April, Jun, Ogos, Oktober dan Disember. Sehubungan dengan itu semua Pusat Bertauliah (PB) diminta agar mematuhi peraturan-peraturan berikut:-

  1. Permohonan hendaklah sampai ke Jabatan ini selewat-lewatnya tiga puluh hari (30) sebelum tarikh lawatan yang dicadangkan;
  2. Permohonan hendaklah disertakan bersama surat iringan yang memperincikan kumpulan mengikut sesi pengambilan (no. batch/no. pengambilan), jumlah pelatih yang terlibat setiap sesi/batch/pengambilan . Maklumat berkaitan dengan kumpulan yang terlibat boleh dimuat turun melalui laman web Jabatan www.dsd.gov.my dibawah pautan Perkhidmatan -> Persijilan ->Permohonan Lawatan Verifikasi PPL -> Borang Senarai Calon Bagi Verifikasi PPL;
  3. PB adalah bertanggungjawab memastikan semua pelatih yang ingin diverifikasi telah sah berdaftar secara atas talian dengan Jabatan.
  4. Setiap permohonan hendaklah disertakan dengan bukti pembayaran (resit asal yang dikeluarkan oleh Jabatan) yang menunjukkan dengan jelas nombor-nombor pengambilan/sesi kemasukan serta jumlah yang dibayar oleh PB mengikut pecahan nombor-nombor pengambilan/sesi kemasukan tersebut (sekiranya melibatkan banyak sesi pengambilan) ;
  5. PB hendaklah mengumpulkan semua pelatih yang ingin dibuat verifikasi bagi bulan berkenaan. Permohonan yang dihantar secara berperingkat tidak dibenarkan dan tidak akan dilayan. Permohonan yang dilakukan hendaklah terlebih dahulu dikenalpasti kesahihan dan dipohon secara serentak;
  6. Mana-mana permohonan yang tidak memenuhi perkara yang dinyatakan di atas tidak akan dilayan. JPK berhak untuk menolak permohonan jika sekiranya PB tidak mematuhi perkara-perkara yang dinyatakan di atas.
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…