Arkib Buletin 2018
Penutupan Bekalan Elektrik Pusat Data KSM
Adalah dimaklumkan bahawa Portal JPK dan sistem-sistem Jabatan tidak akan dapat dicapai pada 9 Mac 2018 ( mulai jam 6.00 petang) sehingga 10 Mac 2018 ( 11.00 malam) berikutan penutupan bekalan elektrik Pusat Data Kementerian Sumber Manusia (KSM). Mohon maaf atas segala kesulitan.
Makluman Kod Vendor Bagi Pembayaran Pesanan Tempatan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
YBhg. Datuk/ Dato'/ Tuan/Puan,
Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Adalah dimaklumkan bahawa kod vendor bagi Jabatan Pembangunan Kemahiran telah diwujudkan di dalam sistem 1GFMAS. Sehubungan dengan itu, dimohon tuan/puan memasukkan maklumat tersebut di Portal JPK untuk makluman kepada pelanggan JPK. Berikut adalah makluman yang perlu dimasukkan di dalam portal :
Dimaklumkan bahawa pembayaran bagi pesanan tempatan untuk pendaftaran SKM, Pentauliahan, NDT, NOSS dan sebagainya telah dapat dilaksanakan di dalam system 1GFMAS. Maklumat pembayaran jabatan adalah seperti berikut :
Kod Pembekal : 6000213263
No. Pendaftaran : 47061011
Nama : Jabatan Pembangunan Kemahiran
No. Akaun : 105490004883 (Affin Islamic Bank Berhad)
3. Perhatian dan kerjasama tuan/puan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih
Sekian.
"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"
“Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi"

Permohonan SLDN RMKe-11 bagi pengambilan Jun dan September 2018
Permohonan SLDN RMKe-11 bagi pengambilan Jun dan September 2018 masih dibuka melalui pautan berikut. Bagi sesi Jun 2018, permohonan perlu diisi selewat-lewatnya pada 31 Mac 2018 dan dokumen fizikal perlu dikemukakan kepada Pejabat JPK Wilayah sebelum atau pada 9 April 2018. Permohonan yang tidak berjaya mendapat tawaran bagi pengambilan Mac 2018 boleh memohon semula untuk sesi Jun dan September 2018. Hanya permohonan yang lengkap diterima di Pejabat JPK Wilayah sahaja akan diproses oleh Jabatan.
Iklan Tawaran Permohonan Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)
Panduan Pengisian Borang Permohonan SLDN Berinsentif RMKe11 2018
Contoh Surat Lantikan Personel dan Surat Jalinan Kerjasama
Sekian, terima kasih.