Arkib Buletin 2018
Pembekuan Permohonan Pentauliahan, Pelaksanaan Dan Pensijilan Bagi Noss Bidang Perubatan Tradisional Dan Komplementari Melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
Ruj : JPK/702/1/10 Jld. 14 ( 27 )
Tarikh : 24 September 2018
PEMBEKUAN PERMOHONAN PENTAULIAHAN PROGRAM BAHARU BAGI NOSS BIDANG PERUBATAN TRADISIONAL DAN KOMPLEMENTARI MELALUI SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA
Adalah dimaklumkan bahawa permohonan pentauliahan program baharu bagi pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pentauliahan dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) bagi NOSS bidang Perubatan Tradisional Dan Komplementari seperti disenaraikan dalam Jadual 1 adalah dibekukan berkuatkuasa serta-merta sehingga ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Namun begitu, pembekuan ini tidak terpakai bagi program yang telah diluluskan pentauliahan dan permohonan pembaharuan program.
Jadual 1 :Senarai NOSS Berkaitan Bidang Perubatan Tradisional Dan Komplementari
No. | Kod NOSS | Nama NOSS | Tahap |
MP-080-3:2011 | Refleksologi Kaki, Tangan dan Telinga | 3 | |
MP-081-3:2011 | Aromaterapi | 3 | |
MP-082-3:2011 | Urut Terapi | 3 | |
MP-082-4:2012 | Urut Terapeutik & Penjagaan | 4 | |
MP-071-1 | Pembantu Juruterapi Aura Metafizik | 1 | |
MP-071-2 | Juruterapi Aura Metafizik | 2 | |
MP-071-3 | Juruterapi Kanan Aura Metafizik | 3 | |
MP-070-2 | Pembantu Juruterapi Ais-Hidro | 2 | |
MP-070-3 | Juruterapi Ais-Hidro | 3 | |
MP-090-3:2011 | Terapi Reiki | 3 | |
MP-091-3:2011 | Terapi Qi Gong | 3 | |
MP-092-3:2016 | Terapi Panchakarma Ayurvedik | 3 | |
MP-030-3:2015 | Perkhidmatan Crystal Healing | 3 | |
MP-110-3:2011 | Terapi Bekam Angin | 3 | |
MP-031-3:2016 | Perkhidmatan Tuinology | 3 | |
Q869-002-4:2016 | Penjagaan Ibu Selepas Bersalin | 4 | |
Q869-002-5:2016 | Penjagaan Ibu Selepas Bersalin | 5 | |
Q869-004-3:2016 | Perawatan Ruqyah | 3 | |
Q869-004-4:2016 | Perawatan Ruqyah | 4 | |
Q869-004-5:2016 | Perawatan Ruqyah | 5 |
Sehubungan itu, hebahan yang telah dikeluarkan melalui rujukan JPK/702/1/10 Jld. 14 (21) bertarikh 14 September 2018 adalah terbatal.
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Pekerja Berkemahiran Peneraju Kecemerlangan Negara”
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia
Muat Turun Dokumen
Pembatalan Pembekuan Pentauliahan Bagi NOSS Bidang Perubatan Tradisional Dan Komplementari Melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
Ruj : JPK/702/1/10 Jld. 14 ( 30 )
Tarikh : 11 Oktober 2018
Pembatalan Pembekuan Pentauliahan Bagi NOSS Bidang Perubatan Tradisional Dan Komplementari Melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan telah mempertimbangkan dan bersetuju membatalkan pembekuan permohonan pentauliahan bagi NOSS bidang Perubatan Tradisional Dan Komplementari seperti disenaraikan dalam Jadual 1 berkuatkuasa serta-merta. Sehubungan itu, hebahan yang telah dikeluarkan melalui rujukan JPK/702/1/10 Jld. 14 (27) bertarikh 24 September 2018 adalah terbatal.
Jadual 1 :Senarai NOSS Berkaitan Bidang Perubatan Tradisional Dan Komplementari
No. | Kod NOSS | Nama NOSS | Tahap |
1 | MP-080-3:2011 | Refleksologi Kaki, Tangan dan Telinga | 3 |
2 | MP-081-3:2011 | Aromaterapi | 3 |
3 | MP-082-3:2011 | Urut Terapi | 3 |
4 | MP-082-4:2012 | Urut Terapeutik & Penjagaan | 4 |
5 | MP-071-1 | Pembantu Juruterapi Aura Metafizik | 1 |
6 | MP-071-2 | Juruterapi Aura Metafizik | 2 |
7 | MP-071-3 | Juruterapi Kanan Aura Metafizik | 3 |
8 | MP-070-2 | Pembantu Juruterapi Ais-Hidro | 2 |
9 | MP-070-3 | Juruterapi Ais-Hidro | 3 |
10 | MP-090-3:2011 | Terapi Reiki | 3 |
11 | MP-091-3:2011 | Terapi Qi Gong | 3 |
12 | MP-092-3:2016 | Terapi Panchakarma Ayurvedik | 3 |
13 | MP-030-3:2015 | Perkhidmatan Crystal Healing | 3 |
14 | MP-110-3:2011 | Terapi Bekam Angin | 3 |
15 | MP-031-3:2016 | Perkhidmatan Tuinology | 3 |
16 | Q869-002-4:2016 | Penjagaan Ibu Selepas Bersalin | 4 |
17 | Q869-002-5:2016 | Penjagaan Ibu Selepas Bersalin | 5 |
18 | Q869-004-3:2016 | Perawatan Ruqyah | 3 |
19 | Q869-004-4:2016 | Perawatan Ruqyah | 4 |
20 | Q869-004-5:2016 | Perawatan Ruqyah | 5 |
Sekian, terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Pekerja Berkemahiran Peneraju Kecemerlangan Negara”
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia
Muat turun Dokumen
Notis Pemberitahuan Penutupan Kaunter Kewangan
ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA:-
1) OPERASI PERKHIDMATAN KAUNTER BAYARAN/KEWANGAN IBU PEJABAT JPK PUTRAJAYA AKAN DITUTUP SEPENUHNYA PADA TARIKH BERIKUT:-
1.1)26 OKTOBER 2018 (JUMAAT).
2)NAMUN DEMIKIAN, OPERASI PERKHIDMATAN KAUNTER BAYARAN/KEWANGAN HANYA AKAN MENERIMA DOKUMEN PEMBAYARAN SAHAJA DARIPADA PELANGGAN PADA TARIKH YANG DINYATAKANTERSEBUT.
3)RESIT RASMI HANYA AKAN DIKELUARKAN BERMULA PADA 29 OKTOBER 2018 (ISNIN) SECARA BERPERINGKAT MELALUI POS ATAU SERAHAN TANGAN.
4)TIADA PUNGUTAN WANG AKAN DILAKUKAN PADA TARIKH YANG DINYATAKAN TERSEBUT.
HARAP MAKLUM
KERJASAMA ANDA AMATLAH DIHARGAI
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
TARIKH DIKELUARKAN: 25 OKTOBER 2018
Pemakluman Penggunaan SKKM Bagi Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
YBhg. Prof./Dato’/Datin/Tuan/Puan,
PEMAKLUMAN PENGGUNAAN SISTEM KREDIT KEMAHIRAN MALAYSIA (SKKM) BAGI PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA MELALUI KAEDAH PENGIKTIRAFAN PENCAPAIAN TERDAHULU (PPT)
Adalah dimaklumkan bahawa, penggunaan Sistem Kredit Kemahiran Malaysia (SKKM) akan bermula pada 1 Oktober 2018 bagi Persijilan Kemahiran Malaysia melalui kaedah Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) untuk menggantikan proses secara manual yang digunakan sekarang.
Semua permohonan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) boleh dibuat secara atas talian dengan menggunakan capaian url: – https://www.skkm.gov.my . Pemohon hendaklah mendaftar sebagai pengguna SKKM terlebih dahulu sebelum proses seterusnya boleh dilakukan. Untuk permulaan, permohonan PPT secara Mengikut Tahap (MT) & Single-Tier (ST) boleh dipohon melalui sistem ini.
Penggunaan sistem ini juga akan melibatkan peranan Personel PPT iaitu PP-PPT dan PPL-PPT. Oleh itu, Personel PPT juga perlu mendaftar sebagai pengguna SKKM supaya proses Penugasan PP-PPT dan Penugasan PPL-PPT berjalan lancar.
Sekiranya terdapat sebarang permasalahan pada sistem tersebut, pengguna boleh membuat aduan pada Sistem Aduan IT dengan menghantar emel ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. atau hubungi helpdesk di talian 03-83214769.
Kerjasama dari semua amatlah dihargai.
Sekian, terima kasih
Cawangan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu
Bahagian MOSQ
Jabatan Pembangunan Kemahiran