Keperluan Pra Syarat Baru Kemasukan Ke Program Operasi Latihan Vokasional (I-031-3:2014) Iaitu Memiliki Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Sekurang-Kurang Tahap 3

Ruj : JPK/700/5 Jld. 38 (51)

Tarikh : 30 Julai 2018

KEPERLUAN PRA SYARAT BARU KEMASUKAN KE PROGRAM OPERASI LATIHAN VOKASIONAL (I-031-3:2014) IAITU MEMILIKI SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM) SEKURANG-KURANG TAHAP 3


Adalah dimaklumkan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah menyemak dan mengkaji semula syarat kemasukan ke Program Operasi Latihan Vokasional (I-031-3:2014) dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).
Oleh yang demikian, Jabatan telah menetapkan satu pra syarat baru kepada pelatih yang akan menjalani program ini iaitu hendaklah telah memiliki Sijil Kemahiran Malaysia sekurang kurangnya pada Tahap 3 dari apa-apa bidang program kemahiran yang berasaskan kepada NOSS, berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019.


Ini adalah bagi memastikan supaya pelatih yang akan menjalani program ini telah mempunyai cukup kemahiran yang diperlukan bagi menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran di pusat bertauliah yang menjalankan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.


Sekian, terima kasih.

 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Pekerja Berkemahiran Peneraju Kecemerlangan Negara”


Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia

 

Muat Turun Dokumen

Keperluan Pra Syarat Baru Kemasukan Ke Program Operasi Latihan Vokasional

 

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…