Operasi Kaunter Khidmat Pelanggan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Selaras Arahan perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN)
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
PEMAKLUMAN
BERKAITAN OPERASI KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK) SELARAS ARAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA PERTAMA PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN)
Selaras pengumuman terkini Kerajaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN), pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ingin memaklumkan bahawa Kaunter Khidmat Pelanggan, Ibu Pejabat JPK Putrajaya akan beroperasi bersandarkan kepada ketetapan berikut:-
- Urusan pelanggan adalah secara janji temu “Appointment”;
- Urusan pelanggan yang tidak dapat dilaksanakan secara dalam talian; dan
- Urusan pelanggan secara “Walk-In” adalah tidak dibenarkan.
Namun demikian, operasi Kaunter Khidmat Pelanggan, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang berada di Daerah/Negeri yang terlibat dengan arahan pematuhan PKP Fasa Kedua adalah tertakluk kepada arahan MKN, KKM dan PBT yang sedang berkuatkuasa. Sehubungan dengan itu, Jabatan masih boleh dihubungi menerusi talian rasmi JPK 03-8886 5589 (hunting line). Perkhidmatan atas talian Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) beroperasi seperti biasa dan boleh diakses menerusi pautan berikut:-
- Portal Rasmi JPK / Laman Sesawang JPK - www.dsd.gov.my
- Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia - www.myspike.my
- Facebook Rasmi JPK - facebook.com/jpkksm
- Aduan, Pertanyaan dan Cadangan - mohr.spab.gov.my
- Email Rasmi JPK - This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Kenyataan ini juga adalah tertakluk kepada SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa.
KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
9 JULAI 2021