Notis Pemberitahuan : Penggunaan Borang Aduan Pengguna Dan Pelanggan JPK Melalui Sistem MySPIKE
Adalah dimaklumkan bahawa, Jabatan ini telah menyediakan Borang Aduan Pengguna dan pelanggan JPK di dalam Sistem MySPIKE bagi memudahkan pengguna sistem menghantar pertanyaan dan aduan masalah kepada pegawai mengikut kategori aduan yang telah disediakan. Penyelaras Pusat Bertauliah dan Personel diminta untuk menghantar aduan hanya menggunakan satu medium sahaja iaitu melalui borang aduan pelanggan di dalam Sistem MySPIKE. Penyelaras Pusat Bertauliah dan Personel boleh akses borang berkenaan melalui menu Pengguna -> Pelanggan JPK -> Aduan Pengguna selepas pengguna log masuk ke dalam Sistem MySPIKE. Antara kategori aduan yang telah disediakan adalah :
- Akaun Pengguna
- Perakuan Personel Pentauliahan (PP, PPD, Coach, P-SLDN, PPB-SLDN, PPL-SLaPB, PP-PPT dan PPL-SLDN)
- SLaPB-Pendaftaran
- SLaPB-Pentauliahan & Verifikasi
- SLaPB-Persijilan
- Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)
- Penarafan Bintang (Star Rating)
- Kewangan
- Panel - Personel Penilaian & Verifikasi (PPV)
- Fasilitator & CUDBAS
- Pemantauan & Penguatkuasaan
- Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)
- Penajaan
- Kursus Induksi Pentauliahan
- Induksi SLDN
- Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai Personel Pentauliahan (PPKSPP)
- National Occupational Skills Standard (NOSS)
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Pekerja Dan Cabaran Budaya Norma Baharu”
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia
19 November 2020