Notis Pemberitahuan Mengenai Penutupan Sementara Fungsi Bayaran Dalam Talian Sistem MySPIKE 20 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022
NOTIS PEMBERITAHUAN MENGENAI PENUTUPAN SEMENTARA FUNGSI BAYARAN DALAM TALIAN SISTEM PENGURUSAN INTEGRASI KEMAHIRAN MALAYSIA (MySPIKE) BAGI KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SISTEM
Kepada semua pengguna MySPIKE yang dihormati,
Dimaklumkan bahawa, Unit Pengurusan Maklumat, JPK akan menutup sementara semua fungsi bayaran dalam talian MySPIKE bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan sistem bermula 20 Disember 2021 hingga 2 Januari 2022.
Oleh itu, segala urusan bayaran dalam talian melalui MySPIKE perlu diselesaikan selewat-lewatnya 19 Disember 2021. Bagi pengguna Akaun Semasa, tarikh akhir bayaran boleh dibuat adalah 13 Disember 2021 dan pengesahan perlu dibuat selewat-lewatnya 19 Disember 2021.
Perhatian dan kerjasama Tuan/Puan bagi perkara ini amatlah dihargai dan segala kesulitan amatlah dikesali.
**Nota : Walaubagaimanapun, bayaran secara bank deraf atau kiriman wang masih boleh dilaksanakan selewat-lewatnya pada 29 Disember 2021.
Sekian, terima kasih.
‘’WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030’’
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
‘Pembudayaan Norma Baharu dalam Dunia Pekerjaan Sejagat’
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia
7 Disember 2021