Keputusan Penarafan Bintang Program Bertauliah 2019

Semakan Keputusan Penarafan Bintang Program Bertauliah 2019 boleh mula dilakukan di laman web www.myspike.my bermula 27 Disember 2019 (Jumaat). Sebarang pertanyaan mengenai keputusan tersebut boleh diajukan melalui email di ainisyakimah[at]mohr[dot]gov[dot]my

Pindaan syarat kelayakan minimum Diploma TVET (DKM, DLKM, DVM) sebagai syarat kelayakan masuk ke program ijazah sarjana muda di universiti awam (UA)

Permohonan SLDN RMKe-11 Bagi Pengambilan Mac 2020 Telah Dibuka

Permohonan SLDN RMKe-11 bagi pengambilan Mac 2020 telah dibuka melalui pautan berikut (rujuk folder SLDN RMKe 11 2020). Permohonan perlu diisi selewat-lewatnya pada 5 Januari 2020 dan dokumen fizikal perlu dikemukakan kepada Pejabat JPK Wilayah sebelum atau pada 12 Januari 2020. Hanya permohonan yang lengkap diterima di Pejabat JPK Wilayah sahaja akan diproses oleh Jabatan.

Muat turun Dokumen

save Iklan SLDN RMKe-11

Penambahan Kriteria Pegawai Penilai (PP) - Pensijilan Program Modular

PEMAKLUMAN KEPADA SEMUA PUSAT BERTAULIAH BERKAITAN PENAMBAHAN KRITERIA PEGAWAI PENILAI (PP) DALAM PANDUAN PENTAULIAHAN PROGRAM DAN PELAKSANAAN LATIHAN KEMAHIRAN MELALUI SISTEM PENTAULIAHAN DI BAWAH SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA - PENSIJILAN PROGRAM MODULAR

Tarikh : 11 Disember 2019


Adalah dimaklumkan Jabatan telah mengkaji semula Panduan Pentauliahan Program Dan Pelaksanaan Latihan Kemahiran Melalui Sistem Pentauliahan Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Pensijilan Program Modular dan terdapat penambahan kepada Syarat dan Kriteria Pentauliahan Program Modular seperti di bawah ini:

 

6.7.3 Pegawai Penilai(PP)

a. Kriteria

Semua kriteria dalam panduan terdahulu adalah terpakai kecuali ada penambahan kepada kriteria yang berikut:

i. Mendapat Perakuan Pengiktirafan Kelayakan Sebagai Personel Pentauliahan (PPKSPP) bagi program berkaitan;

Syarat kelayakan personel PB SlaPB dibuat penambahan seperti berikut:

-Memiliki SKM Program (VTO) @ Sijil Teknik Mengajar (Rujuk Jadual 3) @ Sijil Tenaga Pengajar/Trainer (NCS-004:2017)

Sehubungan itu Pengajar yang mempunyai sijil Tenaga Pengajar/Trainer (NCS-004:2017 ) layak dilantik sebagai Pegawai Penilai(PP) bagi pelaksanaan program Modular.

 

 

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Pekerja Amanah Aspirasi Negara”


Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia

Penutupan Kaunter Kewangan JPK

NOTIS PEMBERITAHUAN

PENUTUPAN KAUNTER KEWANGAN

ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA:-

1)OPERASI PERKHIDMATAN KAUNTER BAYARAN/KEWANGAN IBU PEJABAT JPK PUTRAJAYA & PEJABAT JPK CYBERJAYA AKAN DITUTUP SEPENUHNYA BERMULA PADA 26 DISEMBER 2019 (KHAMIS) SEHINGGA 31 DISEMBER 2019 (SELASA).

2)NAMUN DEMIKIAN, OPERASI PERKHIDMATAN KAUNTER BAYARAN/KEWANGAN HANYA AKAN MENERIMA DOKUMEN PEMBAYARAN SAHAJA DARIPADA PELANGGAN PADA TARIKH YANG DINYATAKAN SEPERTI DI PARA 1).

3)RESIT RASMI HANYA AKAN DIKELUARKAN BERMULA PADA JANUARI TAHUN 2020 SECARA BERPERINGKAT MELALUI POS ATAU SERAHAN TANGAN.

4)TIADA PUNGUTAN WANG AKAN DILAKUKAN PADA TARIKH YANG DINYATAKAN SEPERTI DI PARA 1).

HARAP MAKLUM

KERJASAMA ANDA AMATLAH DIHARGAI

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

TARIKH DIKELUARKAN: 5 DISEMBER 2019

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…