Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (Bppt) Bagi Pelajar Diploma Kemahiran Malaysia & Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia Bagi Tahun 2019

bppt 2019


I. Kriteria / syarat kelayakan bagi penerima BPPT 2019 adalah seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia;
b. Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa pada tarikh 31 Disember 2018 di PUSAT BERTAULIAH JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN, KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA; dan
c. Pengajian diperingkat Diploma Kemahiran dan Diploma Lanjutan Kemahiran.
Pelajar yang memenuhi kriteria di atas, boleh membuat semakan status kelayakan melalui portal Bank Rakyat bermula 28 Mac 2019 di pautan
http://www.bankrakyat.com.my/bppt


II. Sekiranya semakan berstatus “TIADA REKOD” dipaparkan di portal Bank Rakyat, pelajar diminta menghubungi Unit Pendaftaran dan Persijilan, Cawangan Pentauliahan , Bahagian MOSQ, Jabatan Pembangunan Kemahiran di talian 03-88862309 untuk pertanyaan lanjut berkaitan status pendaftaran selewatnya pada 30 April 2019.

III. Untuk maklumat lanjut, pelajar boleh merujuk Garis Panduan BPPT 2019 dengan mengakses pautan portal KPM https://www.moe.gov.my/index.php/pemberitahuan/pengumuman/4994-garis-panduan-bppt2019

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…