Permohonan SLDN RMKe-11 bagi pengambilan September 2019 telah dibuka

Permohonan SLDN RMKe-11 bagi pengambilan September 2019 telah dibuka melalui pautan berikut (https://www.dsd.gov.my/images/pengumuman/buletin-berita-terkini/sldn_rmk11.zip). Permohonan perlu diisi selewat-lewatnya pada 30 Jun 2019 dan dokumen fizikal perlu dikemukakan kepada Pejabat JPK Wilayah sebelum atau pada 8 Julai 2019. Hanya permohonan yang lengkap diterima di Pejabat JPK Wilayah sahaja akan diproses oleh Jabatan.

Notis Pemberitahuan & Pemakluman Operasi Perkhidmatan Kaunter Pejabat JPK Cyberjaya

NOTIS PEMBERITAHUAN

 

SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI BAGI TAHUN 2019, ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA:-

1) OPERASI PERKHIDMATAN KAUNTER TEKNIKAL DAN OPERASI PERKHIDMATAN KAUNTER BAYARAN/KEWANGAN PEJABAT JPK CYBERJAYA AKAN DITUTUP SEPENUHNYA PADA TARIKH-TARIKH BERIKUT:-

        1.1) 3 JUN 2019 (ISNIN);

        1.2) 4 JUN 2019 (SELAS);

        1.3) 7 JUN 2019 (JUMAAT); DAN

        1.4) 10 JUN 2019 (ISNIN).

 

2) OPERASI PERKHIDMATAN KAUNTER TEKNIKAL DAN KAUNTER BAYARAN/KEWANGAN PEJABAT JPK CYBERJAYA AKAN BEROPERASI SEMULA PADA 11 JUN 2019 (SELASA).

 

3) SEBARANG URUSAN BERBANGKIT SILA KE IBUPEJABAT JPK PUTRAJAYA.

 

HARAP MAKLUM

KERJASAMA ANDA AMATLAH DIHARGAI

DENGAN KEBENARAN

KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

TARIKH DIKELUARKAN : 27 MEI 2019

NOTIS PEMBERITAHUAN

SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI BAGI TAHUN 2019, ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA:-

1)  OPERASI PERKHIDMATAN KAUNTER TEKNIKAL DAN OPERASI PERKHIDMATAN KAUNTER BAYARAN/KEWANGAN PEJABAT JPK CYBERJAYA AKAN DITUTUP SEPENUHNYA PADA TARIKH-TARIKH BERIKUT:-

1.1)    3 JUN 2019 (ISNIN);

1.2)    4 JUN 2019 (SELAS);

1.3)    7 JUN 2019 (JUMAAT); DAN

1.4)    10 JUN 2019 (ISNIN).

 

2)  OPERASI PERKHIDMATAN KAUNTER TEKNIKAL DAN KAUNTER BAYARAN/KEWANGAN PEJABAT JPK CYBERJAYA AKAN BEROPERASI SEMULA PADA 11 JUN 2019 (SELASA).

 

3)  SEBARANG URUSAN BERBANGKIT SILA KE IBUPEJABAT JPK PUTRAJAYA.

 

HARAP MAKLUM

KERJASAMA ANDA AMATLAH DIHARGAI

DENGAN KEBENARAN

KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

TARIKH DIKELUARKAN : 27 MEI 2019

Notis Pemberitahuan & Pemakluman Operasi Perkhidmatan Kaunter Ibu Pejabat JPK Putrajaya

NOTIS PEMBERITAHUAN


SEMPENA SAMBUTAN PERAYAAN HARI RAYA AIDILFITRI BAGI TAHUN 2019, ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA:-

1) OPERASI PERKHIDMATAN KAUNTER TEKNIKAL IBU PEJABAT JPK PUTRAJAYA BERJALAN SEPERTI BIASA.

2) OPERASI PERKHIDMATAN KAUNTER BAYARAN/KEWANGAN IBU PEJABAT JPK PUTRAJAYA BERJALAN SEPERTI BIASA. NAMUN DEMIKIAN, KAUNTER BAYARAN/KEWANGAN AKAN HANYA MENERIMA DOKUMEN PEMBAYARAN SAHAJA DARIPADA PELANGGAN PADA TARIKH-TARIKH BERIKUT:-

2.1) 3 JUN 2019 (ISNIN);
2.2) 4 JUN 2019 (SELASA);
2.3) 7 JUN 2019 (JUMAAT); DAN
2.4) 10 JUN 2019 (ISNIN)

3) RESIT RASMI OPERASI PERKHIDMATAN KAUNTER BAYARAN/KEWANGAN HANYA AKAN DIKELUARKAN BERMULA PADA 11 JUN 2019 (SELASA) SECARA BERPERINGKAT MELALUI POS ATAU SERAHAN TANGAN. TIADA PUNGUTAN WANG AKAN DILAKUKAN DALAM TEMPOH TERSEBUT (3, 4, 7 & 10 JUN 2019).


HARAP MAKLUM
KERJASAMA ANDA AMATLAH DIHARGAI
DENGAN KEBENARAN
KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
TARIKH DIKELUARKAN : 27 MEI 2019

Pelaksanaan Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (Spkm) Berasaskan Kredit Kemahiran

PELAKSANAAN SISTEM PENSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (SPKM) BERASASKAN KREDIT KEMAHIRAN

Ruj :   JPK/702/1/55 ( 2 )

Tarikh :  14 Jun 2019

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan Jabatan sedang menambahbaik pelaksanaan Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) dengan pelaksanaan Kredit Kemahiran di mana pencapaian pelatih diberikan nilai kredit dan gred bagi memperjelaskan tahap keterampilan yang dicapai. SPKM berasaskan Kredit Kemahiran akan digunapakai dalam pelaksanaan latihan melalui kaedah Pentauliahan iaitu Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) serta melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) agar kelayakan yang dianugerahkan lebih diterima dan diiktiraf.

Pelaksanaan kredit kemahiran SPKM ini akan diuruskan menggunakan Sistem Kredit Kemahiran Malaysia (SKKM) sepenuhnya. Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan, Jabatan akan melaksanakan projek rintis kepada PB di negeri Melaka bermula 1 Julai 2019 dan pelaksanaan sepenuhnya pada 1 Januari 2020. Satu sesi Taklimat Penerangan Pelaksanaan Kredit Kemahiran SPKM akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh : 19 Jun 2019 (Rabu)

Masa : 8.30 pagi - 5.30 petang

Tempat : Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka.

Penyertaan : PB di negeri Melaka yang disenaraikan dalam jemputan

(setiap PB yang dijemput boleh menghantat maks. 2 orang wakil).

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Pekerja Amanah Aspirasi Negara

Ketua Pengarah

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia

Panduan Penyerahan Dokumen Permohonan Pentauliahan Program Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Kaedah Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) Jabatan Pembangunan Kemahiran

Ruj : JPK/702/1/10 JLD 15 (3)
Tarikh : 28 Jun 2019


Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan telah menyediakan Panduan Penyerahan Dokumen Permohonan Pentauliahan Program Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Kaedah Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB).

Sehubungan itu, bagi Pusat Bertauliah (PB) yang telah mengemukakan permohonan pentauliahan secara atas talian melalui www.skkm.gov.my, hendaklah mengemukakan dokumen sokongan permohonan sebagaimana yang telah ditetapkan dalam panduan ini bermula 1 Julai 2019. Muat turun panduan (di Menu Perkhidmatan -> Pusat Bertauliah atau di sini)


Sekian dimaklumkan.

 

Terima Kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Pekerja Amanah Aspirasi Negara”


Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…