Pelaksanaan Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (Spkm) Berasaskan Kredit Kemahiran

PELAKSANAAN SISTEM PENSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA (SPKM) BERASASKAN KREDIT KEMAHIRAN

Ruj :   JPK/702/1/55 ( 2 )

Tarikh :  14 Jun 2019

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Adalah dimaklumkan Jabatan sedang menambahbaik pelaksanaan Sistem Pensijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) dengan pelaksanaan Kredit Kemahiran di mana pencapaian pelatih diberikan nilai kredit dan gred bagi memperjelaskan tahap keterampilan yang dicapai. SPKM berasaskan Kredit Kemahiran akan digunapakai dalam pelaksanaan latihan melalui kaedah Pentauliahan iaitu Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) dan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) serta melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT) agar kelayakan yang dianugerahkan lebih diterima dan diiktiraf.

Pelaksanaan kredit kemahiran SPKM ini akan diuruskan menggunakan Sistem Kredit Kemahiran Malaysia (SKKM) sepenuhnya. Bagi memastikan kelancaran pelaksanaan, Jabatan akan melaksanakan projek rintis kepada PB di negeri Melaka bermula 1 Julai 2019 dan pelaksanaan sepenuhnya pada 1 Januari 2020. Satu sesi Taklimat Penerangan Pelaksanaan Kredit Kemahiran SPKM akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh : 19 Jun 2019 (Rabu)

Masa : 8.30 pagi - 5.30 petang

Tempat : Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Melaka.

Penyertaan : PB di negeri Melaka yang disenaraikan dalam jemputan

(setiap PB yang dijemput boleh menghantat maks. 2 orang wakil).

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Pekerja Amanah Aspirasi Negara

Ketua Pengarah

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…