Bahagian Kewangan, Pentadbiran dan Sumber Manusia (KPSM)
Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia (KPSM) terbahagi kepada 3 Seksyen iaitu :-
1) Seksyen Sumber Manusia
- Merancang dan melaksanakan pembangunan sumber manusia termasuk latihan dalaman serta luaran.
- Mengurus tadbir hal-hal perkhidmatan termasuk rekod perkhidmatan, pengesahan dalam jawatan, kemasukan tetap dan berpencen, kenaikan pangkat, pertukaran, pengisytiharan harta, penilaian prestasi tahunan, kemudahan elaun dan cuti, persaraan dan tatatertib.
2) Seksyen Pentadbiran
- Mengurus tadbir pejabat JPK Ibu Pejabat.
- Memastikan pengurusan ruang pejabat dan peralatan pejabat dijalankan dengan teratur dan sempurna.
- Mengurus tadbir aset dan inventori pejabat dengan lebih tersusun dan sistematik.
- Memastikan dan menyelaras keselamatan dokumen mengikut Akta Rahsia Rasmi, Arahan Keselamatan dan Akta Arkib Negara.
3) Seksyen Kewangan
- Menyedia dan mengawal peruntukan dan perbelanjaan tahunan.
- Mengurus semua pembayaran bil dan tuntutan.
- Mengurus tempahan tiket pengangkutan awam.
- Mengurus pesanan tempatan.
- Mengurus terimaan dan Akaun Panjar Wang Runcit.