Mengenai Bahagian PMO

Bahagian Pejabat Pemantauan Projek (PMO) terbahagi kepada 4 unit iaitu :-

1) Unit Promosi

2) Unit Penyelarasan Dasar & Skills Malaysia Invite

3) Unit Pertandingan Kemahiran

4) Unit Pengurusan Maklumat

 

Fungsi Unit dibawah Bahagian Pejabat Pemantauan Projek (PMO)

 

1) Unit Promosi

Unit ini terbahagi kepada promosi latihan kemahiran dan pertandingan kemahiran selaras dengan penjenamaan SkillsMalaysia sebagaimana yang telah diumumkan oleh Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Razak pada 11 Januari 2011 sebagai salah satu daripada 19 projek permulaan (EPP) dalam Program Tranformasi Ekonomi (ETP). Unit ini berperanan sebagai penggerak kepada program promosi kemahiran yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan membuka peluang kepada pelajar lepasan SPM supaya memilih latihan kemahiran sebagai pilihan utama dalam penentuan kerjaya.

Fungsi Unit Promosi adalah seperti berikut :

Aktiviti promosi
a) Mengurus dan mengendalikan Jawatankuasa Promosi dan Karnival di peringkat agensi dan dalaman.
b) Mengurus dan menyelaras pelaksanaan Karnival SkillsMalaysia / penglibatan jabatan dalam pameran jemputan daripada agensi luar.

c) Mengurus,menyelaras dan merangka strategi pelaksanaan program promosi media melibatkan media cetak dan elektronik

d) Mengurus ,mengendalikan dan memantau pelaksanaan promosi melalui rangkaian sosial (Facebook, Youtube dan Twitter) dan laman web 
SkillsMalaysia.

2) Unit Penyelarasan Dasar dan Skills Malaysia Invite

Unit Pentauliahan Antarabangsa merupakan unit yang bertanggungjawab terhadap aktiviti pentauliahan pusat bertauliah antarabangsa, pendaftaran pelajar antarabangsa, kawalselia program antarabangsa dan promosi luar negara dan hubungan strategik antarabangsa. Penubuhan unit ini adalah selaras dengan keputusan Jemaah Menteri bertarikh 2 Disember 2005 telah meluluskan Cadangan Mengembangkan Program-Program Latihan Kemahiran Yang Ditauliahkan JPK Di Peringkat Antarabangsa.

Fungsi unit pentauliahan antarabangsa adalah seperti berikut:

 

a.    Pentauliahan Pusat Bertauliah Antarabangsa

  • Menguruskan permohonan pentauliahan program Pusat Bertauliah Antarabangsa.
  • Merangka program-program antarabangsa yang bersesuaian.
  • Membuat lawatan verifikasi pentauliahan.
  • Menguruskan surat sokongan untuk pusat bertauliah mendapatkan kelulusan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN).

 

b.    Pendaftaran Pelajar Antarabangsa

  • Menyemak dan mengesyorkan permohonan pra-pendaftaran pelajar asing oleh pusat bertauliah.
  • Menyelaras mensyuarat Jawatankuasa Teknikal pra-pendaftaran pelajar asing.
  • Menguruskan surat sokongan kepada imegresen dan KDN.
  • Menyelaras pendaftaran dan penilaian keterampilan pelajar asing.
  • Menguruskan proses pendaftaran, persijilan dan penamatan pelajar asing.
  • Menyediakan statistik program latihan kemahiran pelajar asing.

c.    Kawalselia Program Antarabangsa

  • Mengawalselia aktiviti di PB berpandukan kepada garis panduan dan peraturan yang sedang berkuatkuasa.
  • Mengawal kualiti PB selaras dengan Penguatkuasaan Kod Amalan Pentauliahan Program Kemahiran(KAPPK)
  • Mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama Agensi Kawalselia & Penguatkuasaan.
  • Mengadakan mesyuarat penyelarasan bersama PB.
  • Memastikan pelajar asing menjalani latihan seperti dirancang dan diluluskan oleh JPK. 

d.    Promosi Luar Negara dan Hubungan Strategik Antarabangsa

  • Merangka dan melaksanakan program promosi dan publisiti luar negara.
  • Menyediakan bahan publisiti dan promosi
  • Menyelaraskan aktiviti promosi agensi Education Malaysia Global Services (EMGS) dan PB
  • Menguruskan isu-isu dan kerjasama dua hala dengan negara luar.

 

 3) Unit Pertandingan Kemahiran

 Aktiviti pertandingan kemahiran
Fungsi Unit Pertandingan Kemahiran meliputi :-

a) Mengurus dan menyelaras Majlis Pertandingan Kemahiran Malaysia;
b) Menganjur dan mengurusetia Pertandingan Kemahiran Malaysia (PKM) secara bersama dengan KKR;
c) Menganjur dan mengurusetiakan Pertandingan MySkills;
d) Mengurus latihan dan penyertaan ke ASEAN Skills Competition (ASC);
e) Mengurus penyertaan Malaysia ke World Skills Competition(WSC); dan
f) Menyelaras lain-lain pertandingan kemahiran yang relevan.

 

  4) Unit Pengurusan Maklumat 

 Peranan utama Unit Pengurusan Maklumat kini tidak hanya terhad kepada aspek pengurusan, pelaksanaan, penyelenggaraan dan pemantauan sistem-sistem online sedia ada, tetapi juga berperanan untuk  membangunkan dan mengemaskini  laman web JPK , mengawal operasi teknikal serta penting bagi memastikan keseluruhan sistem  penyampaian perkhidmatan  JPK  dilaksanakan dengan cekap dan  efisyen.  Peranan dan tanggungjawab Unit Pengurusan Maklumat akan diperluaskan selaras dengan pelaksanaan dan penggunaan Sistem Kredit Kemahiran Malaysia (SKKM) secara rasminya kepada semua stakeholder JPK .

 

 

 

 

 
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…