Pindaan Pemakluman Berkaitan Pemansuhan Pelaksanaan Kelulusan Pentauliahan Program Secara Bersyarat Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Mulai 1 Januari 2019

Ruj     :        JPK/702/1/10 JLD 14 (36)

Tarikh :        18 Disember 2018

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan telah mengkaji semula keputusan pemansuhan pelaksanaan kelulusan pentauliahan program secara bersyarat di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia mulai 1 Januari 2019 yang telah dihebahkan melalui arahan pentadbiran (No. Rujukan : JPK/702/1/10 JLD 14 (18) bertarikh 30 Julai 2018.

Selaras dengan ini, Jabatan telah memutuskan supaya tiada lagi kelulusan pentauliahan program secara bersyarat akan dikeluarkan mulai 1 Januari 2019, kecuali untuk dua (2) keadaan berikut :

  1. Pentauliahan program bagi NOSS / NCS baharu; dan
  2. Pentauliahan pembaharuan program untuk menyelesaikan pelatih sedia ada sahaja.

Sehubungan itu, selain dua keadaan di atas, Penyedia Latihan Kemahiran / Pusat Bertauliah hendaklah mematuhi semua kriteria pentauliahan program kerana tiada lagi kelulusan secara bersyarat akan diberikan selepas tarikh kuatkuasa.

Justeru, hebahan yang telah dikeluarkan melalui rujukan JPK/702/1/10 Jld. 14 (18) bertarikh 30 Julai 2018 adalah terbatal.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Pekerja Berkemahiran Peneraju Kecemerlangan Negara”

Ketua Pengarah

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia

 

Muat Turun Dokumen

save Pindaan Pemakluman Berkaitan Pemansuhan Pelaksanaan Kelulusan Pentauliahan Program Secara Bersyarat Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Mulai 1 Januari 2019

 

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…