Syarat Tambahan Pentauliahan Program Kemahiran Bagi Pogram Noss Area Pemanasan, Pengalihan Udara, Penyamanan Udara (HVAC) Penyejukbekuan – Domestik /Komersial Melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia

Tarikh: 29  Ogos  2018

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan telah memutuskan bagi pelaksanaan latihan kemahiran program NOSS area “Pemanasan, Pengalihan Udara, Penyamanan Udara (HVAC) Penyejukbekuan – Domestik /Komersial” melalui pusat bertauliah hendaklah juga merujuk kepada syarat tambahan  personel pentauliahan  yang telah ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) yang menetapkan syarat kepada sesiapa yang mengendalikan bahan refrigeran yang membahayakan alam sekeliling perlu mendapatkan Sijil Pentauliahan Juruteknik Servis bagi sektor penyejukbekuan dan penyaman udara (RAC). Sehubungan itu, syarat tambahan personel pentauliahan yang ditetapkan adalah seperti berikut : 

  1. Syarat Tambahan Personel Pentauliahan Bagi:

Pegawai (PP), Pegawai Pengesah Dalaman (PPD) dan Pegawai Pengesah Luaran (PPL) perlu memiliki Sijil Pentauliahan Juruteknik Servis daripada JAS.

  1. Permohonan Pentauliahan Bagi :

Permohonan program baharu berkuatkuasa pada 1 September 2018.

Permohonan Pembaharuan Program berkuatkuasa pada 1 Jun 2019.

Sekian, harap maklum.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Pekerja Berkemahiran Peneraju Kecemerlangan Negara”

Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia

Muat Turun Dokumen

 Syarat Tambahan Pentauliahan Program Kemahiran Bagi Pogram Noss Area Pemanasan, Pengalihan Udara, Penyamanan Udara (HVAC) Penyejukbekuan – Domestik /Komersial Melalui Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia

Senarai Pusat Latihan Bertauliah (ATC) Bagi Program Pentauliahan Juruteknik Servis (CSTP)

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…