Bahagian Inspektorat (BI)
Bahagian ini telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan Penyedia Latihan Kemahiran (PLK) atau Pusat Bertauliah (PB) menjaga kualiti dalam pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) agar graduan TVET yang dikeluarkan menepati kebolehpasaran dalam industri. Selain itu, bahagian ini juga diberi tanggungjawab mengetuai pelaksanaan Penarafan Tunggal TVET di bawah RMKe11. Aktiviti Penarafan Tunggal TVET akan diteruskan di bawah RMKe12 dan bertanggungjawab mengurus, merancang dan menjalankan aktiviti Penarafan Tunggal TVET yang dikendalikan oleh pelbagai agensi TVET di seluruh Malaysia.
1) Unit Penguatkuasaan
i. Melaksanakan Penguatkuasaan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) serta Peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
ii. Menjalankan apa-apa siasatan di bawah Akta 652;
iii. Mengambil tindakan penggantungan atau pembatalan sijil pentauliahan di bawah Akta 652;
iv. Menguruskan rayuan berkaitan perenggan 25(a), 27(2)(a) atau seksyen 29 Akta 652;
v. Menyediakan kertas siasatan bagi tujuan kesalahan dan penalti atau peraturan-peraturan di bawah Akta 652;
vi. Menyediakan kertas siasatan bagi tujuan pengkompaunan kesalahan di bawah Akta 652;
vii Mengurus perlaksanaan Sistem Penarafan Tunggal Program TVET;
viii. Merancang dan menguruskan sebarang kursus berkaitan keperluan Inspektor atau Pegawai Penguatkuasa; dan
ix. Sebarang aktiviti yang berkaitan Akta 652.
2) Unit Pemeriksaan
i. Menjalankan pemeriksaan dan pemantauan ke atas Penyedia Latihan Kemahiran atau Pusat Bertauliah bagi memastikan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) dan peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta 652 dipatuhi;
ii. Menjalankan pemeriksaan dan pemantauan ke atas Pusat Bertauliah (PB) untuk memastikan Standard dan kualiti dikekalkan;
iii. Menjalankan pemeriksaan, pemantauan dan pengawalselian pengiklanan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) oleh Pusat Bertauliah (PB) dan pihak-pihak yang berkenaan selaras dengan peruntukan Akta 652;
iv. Mengurus mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Di bawah Akta 652;
v. Apa-apa aktiviti yang berkaitan pemeriksaan; dan
vi. Melaksanakan Penarafan Bintang Program Bertauliah.