Pemansuhan Pelaksanaan Kelulusan Pentauliahan Program Secara Bersyarat Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Mulai 1 Januari 2019

Ruj : JPK/702/1/10 JLD 14 ( 18 )

Tarikh : 30 Julai 2018



Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan sentiasa mengambil berat tentang kualiti latihan kemahiran di Pusat Bertauliah di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.

Selaras dengan ini, Jabatan telah memutuskan supaya tiada lagi kelulusan pentauliahan program secara bersyarat akan dikeluarkan mulai 1 Januari 2019.

Sehubungan itu, Penyedia Latihan Kemahiran / Pusat Bertauliah hendaklah mematuhi semua kriteria pentauliahan program kerana tiada lagi kelulusan secara bersyarat akan diberikan selepas tarikh kuatkuasa.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.



“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Pekerja Berkemahiran Peneraju Kecemerlangan Negara”


Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia

 

Muat Turun Dokumen

Pemansuhan Pelaksanaan Kelulusan Pentauliahan Program Secara Bersyarat Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Mulai 1 Januari 2019

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…