Soalan Lazim Pentauliahan

Pentauliahan
 1.   Apa yang dimaksudkan dengan Pusat Bertauliah (PB)?
    Pusat Bertauliah (PB) adalah sesuatu organisasi sama ada sebuah instutut latihan atau syarikat yang dliluluskan oleh JPK bagi melaksanakan program latihan kemahiran berasaskan NOSS.
     
 2.   Apakah syarat atau kriteria untuk menjadi Pusat Bertauliah?
    Rujuk “Panduan Pelaksanaan dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah Dibawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia 2012” yang boleh dimuat turun dari laman web JPK
     
3.   Bagaimanakah cara untuk memohon menjadi pusat bertauliah JPK?
    Memohon secara online di https://myspike.my/ dan menghantar bersama dokumen sokongan beserta bayaran sebanyak RM1500.00 dalam bentuk bank draf atau money order atas nama “Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran”. Rujuk “Panduan Pelaksanaan dan Syarat Pentauliahan Pusat BertauliahDibawahSistem Persijilan Kemahiran Malaysia 2012” yang boleh dimuat turun dari laman web JPK
     
4.   Apakah kelayakan yang perlu ada pada Pegawai Penilai (PP) di pusat bertauliah?
    1. Surat lantikan daripada pusat Bertauliah.
2. Telah hadir kursus Induksi Pentauliahan dengan jayanya;
3. Memiliki SKM sekurang-kurangnya 1 tahap lebih tinggi daripada tahap yang diajar; dan
4. Memiliki sijil teknik mengajar yang diiktiraf oleh JPK.
     
5.   Bagaimanakah cara untuk memperbaharui pentauliahan?
    Memohon secara online di https://myspike.my/ dan menghantar bersama dokumen sokongan beserta bayaran sebanyak RM200.00 untuk setiap program dalam bentuk bank draf atau money order atas nama Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran.
     
6.   Apakah program latihan kemahiran yang boleh ditawarkan oleh Pusat Bertauliah?
    Berdasarkan kepada Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) yang telah dibangunkan. Sila rujuk laman web JPK untuk menyemak dan memuat turun daftar NOSS terkini (https://www.dsd.gov.my).
     
7.   Setelah mengemukakan permohonan Pusat Bertauliah, berapa lama saya perlu menunggu untuk mendapatkan keputusan sama ada dilulus atau tidak?
    Keputusan boleh diketahui dalam tempoh 3 bulan sekiranya permohonan lengkap dan semua keperluan seperti dinyatakan dalam panduan dipatuhi.
     
8.   Siapakah yang layak mengikuti program latihan kemahiran?
    Individu yang boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Mempunyai SKM tahap yang lebih rendah untuk menyertai SKM tahap yang lebih tinggi dalam bidang kursus yang sama. walau bagaimanapun pusat bertauliah boleh menetapkan lain-lain syarat kepada pelatih mereka.
     
9.   Berapa lamakah tempoh latihan bagi mengikuti program persijilan Kemahiran Malaysia?
    Secara umum, tempoh latihan adalah seperti berikut:
  • SKM Tahap 1: 600 jam.
  • SKLLM Tahap 2: 600 jam.
  • SKM Tahap 3: 1200 jam
  • DKM (Tahap 4): 1200 jam
  • DLKM (Tahap 5): 1800 jam
     
10.   Bolehkah bekas tahanan juvana atau sesiapa yang pernah dihukum atas apa-apa kesalahan jenayah mengikuti program latihan kemahiran di Pusat Bertauliah?
    Boleh. Semua individu boleh mengikuti latihan tanpa mengira bangsa, agama, gender, sejarah lampau dan sebagainya. Yang utama beliau berminat, memenuhi syarat dan mampu mengikuti program berkaitan. Untuk makluman, program JPK juga ada ditawarkan di pusat serenti, pusat pemulihan akhlak malah di penjara.
     
11.   Bagaimanakah cara untuk memohon lawatan PPL?
    Surat permohonan hendaklah dikemukaan kepada Bahagian MOSQ sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tarikh lawatan PPL. Pemohon perlu menghantar senarai nama pelatih yang bakal diverifikasi. Borang berkenaan boleh dimuat turun dari laman web www.dsd.gov.my di bawah pautan Muat Turun Borang - Borang Senarai Calon Bagi Verifikasi PPL.
     
12.   Berapakah bayaran pendaftaran bagi calon antarabangsa.
    Kadar bayaran permohonan pas pelajar adalah melalui EMGS dengan merujuk kepada kadar fi dan caj seperti di lampiran 4 – Panduan dan Syarat Pelaksanaan Sistem Pesijilan Kemahiran Malaysia bagi Pelatih Antarabangsa dalam Negara melalui pautan berikut:
https://www.dsd.gov.my/jpkv4/index.php/my/perkhidmatan/slapb/pusat-bertauliah.
     
13.   Pusat bertauliah saya telah diluluskan untuk menjalankan program kemahiran bagi noss tertentu tetapi baru 2 bulan ditauliahkan kod noss berubah. Apakah yang perlu dilakukan oleh pusat saya?
    Pusat Bertauliah ada dua pilihan: 
  1. Meneruskan pelaksanaan latihan berasaskan NOSS lama. Namun demikian pastikan tarikh tamat latihan tidak melangkaui tarikh tamat pentauliahan. Jika ini akan berlaku, kumpulan pelatih berkenaan perlulah mengikuti program berasaskan NOSS baru dan Pusat Bertauliah wajib memohon pentauliahan untuk NOSS baru.
  2. Sekiranya belum ada calon yang sedang dilatih, PB boleh memohon pentauliahan menggunakan NOSS baru.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…