Soalan Lazim Kewangan
Pembayaran (Kewangan)
1. | Bilakah waktu operasi bagi Kaunter Pembayaran (Kewangan) Ibu Pejabat JPK Putrajaya dan Pejabat JPK Wilayah? | |||||||||||||||||||||||||
Kaunter Pembayaran (Kewangan) Ibu Pejabat JPK Putrajaya dan Pejabat JPK Wilayah beroperasi pada hari bekerja kecuali cuti umum. Masa operasi adalah seperti perincian di bawah dan ditutup pada waktu rehat. Jadual 1 Waktu Operasi Kaunter Kewangan Ibu Pejabat JPK Putrajaya dan Pejabat JPK Wilayah.
|
||||||||||||||||||||||||||
2. | Adakah penerimaan tunai boleh dilakukan di Kaunter Pembayaran (Kewangan) Ibu Pejabat JPK Putrajaya dan Pejabat JPK Wilayah? | |||||||||||||||||||||||||
Jadual 2 Jumlah Penerimaan Tunai Bagi Ibu Pejabat JPK Putrajaya dan Pejabat JPK Wilayah.
|
||||||||||||||||||||||||||
3. | Berapa keping penerimaan Kiriman Wang (KW) atau Bank Draf (BD) yang boleh diterima dalam satu transaksi bagi mendapat resit pada hari yang sama? | |||||||||||||||||||||||||
Penerimaan yang dibenarkan hanya 5 keping KW/BD untuk satu transaksi bagi mendapat resit pada hari yang sama. Penerimaan KW/BD yang melebihi 5 keping akan diterima dan diproses seperti biasa. Walau bagaimanapun, pengeluaran resit akan diberikan pada hari berikutnya bagi mengelakkan tempoh menunggu yang lama untuk setiap pelanggan. | ||||||||||||||||||||||||||
4. | Apakah bentuk bayaran yang diterima di kaunter kewangan Ibu Pejabat JPK Putrajaya? | |||||||||||||||||||||||||
Hanya Bank Draf (BD) dan Kiriman Wang (KW) sahaja dibenarkan. Bayaran tunai dibenarkan hanya dibawah RM100. Manakala bayaran menggunakan WANG POS DAN CEK TIDAK DIBENARKAN. | ||||||||||||||||||||||||||
5. | Apakah prosedur bagi pembayaran untuk Calon Ulang Nilai? | |||||||||||||||||||||||||
Bayaran RM100 dikenakan pada setiap Calon Ulang Nilai. Nama calon mesti tertera di atas resit terhad kepada 10 nama sahaja. Sekiranya nama calon melebihi daripada 10 calon, resit akan dikeluarkan pada hari berikutnya kerana melibatkan masa menunggu yang lama. Selain itu mohon pihak Pusat Bertauliah menyatakan dengan jelas di cover letter Calon Ulang Nilai perkara-perkara berikut: a) Jenis Pembayaran; b) No KW/BD; c) Jumlah Bayaran; dan d) Senarai Nama Calon Ulang Nilai. (*Bayaran Calon Ulang Nilai tidak boleh disekalikan dengan bayaran Pendaftaran SKM) (**Sering kali kaunter kewangan menerima bayaran untuk Calon Ulang Nilai melibatkan wang pos yang begitu banyak kerana Pusat Bertauliah mengarahkan calon mana-mana yang gagal untuk membuat wang pos sendiri. Apabila melibatkan wang pos yang banyak, ini akan menyebabkan berlaku ralat yang banyak di Unit Kewangan melibatkan resit pembayaran. Perkara seperti ini adalah TIDAK DIGALAKKAN.) |
||||||||||||||||||||||||||
6. | Bolehkah pembelian NOSS dibuat secara tunai? | |||||||||||||||||||||||||
- BOLEH. Namun pembelian NOSS secara tunai hanya boleh dibuat di Ibu Pejabat JPK Putrajaya sahaja. - NOSS akan diberikan dalam bentuk CD atau Thumb Drive. - Bayaran tunai tidak boleh melebihi RM100. - Jabatan menggalakkan pembelian dan pembayaran NOSS dibuat secara dalam talian melalui sistem MySPIKE di https://www.myspike.my/index.php |
||||||||||||||||||||||||||
7. | Bagaimanakah cara bayaran jika menggunakan Pesanan Tempatan (L.O)? | |||||||||||||||||||||||||
• Cara bayaran EFT/BD/Kiriman Wang/CEK (Pusat Bertauliah Kerajaan); • Digalakkan EFT; dan • Atas nama “KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN”. |
||||||||||||||||||||||||||
8. | Berapa lamakah tempoh masa pengeluaran invois? | |||||||||||||||||||||||||
Invois akan dikeluarkan apabila Pesanan Tempatan (L.O) telah diterima dari unit berkaitan dalam tempoh 2 minggu. | ||||||||||||||||||||||||||
9. | Berapa lamakah tempoh masa resit yang akan dikeluarkan? | |||||||||||||||||||||||||
Bagi bayaran melalui EFT, ianya akan mengambil masa dalam tempoh 3 minggu hingga satu bulan kerana bayaran yang dibuat melalui EFT perlu menunggu laporan dari pihak JANM/Bank yang dikemukakan setiap 2 minggu sekali kepada Unit Kewangan Jabatan. | ||||||||||||||||||||||||||
10. | Perihal Bayaran di Baucer Bayaran? | |||||||||||||||||||||||||
Setiap bayaran yang dilakukan melalui EFT wajib meletakan nombor invois Jabatan untuk rujukan Jabatan (G2G) dan tujuan bayaran. | ||||||||||||||||||||||||||
11. | Apakah maklumat perihal di dalam Pesanan Tempatan (L.O) yang perlu di catatkan? | |||||||||||||||||||||||||
Perihal bayaran dalam Pesanan Tempatan (L.O) yang perlu dicatatkan bagi tujuan pembayaran dalam Pesanan Tempatan (L.O) perlu spesifik bagi tujuan bayaran. Cth: Pendaftaran SKM Pentauliahan, Pembaharuan dll. | ||||||||||||||||||||||||||
12. | Bilakah tarikh akhir bagi penghantaran Borang Claim TNT? | |||||||||||||||||||||||||
Tarikh akhir penghantaran Borang Claim TNT adalah sebelum atau pada 10 hari bulan berikutnya. | ||||||||||||||||||||||||||
13. | Apakah dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama Borang Claim TNT? | |||||||||||||||||||||||||
Dokumen yang perlu disertakan adalah seperti berikut:- a) Kenyataan TNT yang lengkap (Link borang); b) Slip gaji @ perakuan gaji (Jelas dan mudah dibaca); c) Penyata Touch N Go / Salinan asal resit tol; d) Salinan IC; e) Salinan akaun bank (Jelas dan mudah dibaca); f) Surat arahan tugasan; dan g) Resit asal (Hotel/Teksi/Bas/Keretapi/Kapal Terbang/ Grab). (* Setiap dokumen hendaklah diakui sah oleh pegawai yang melantik) |
||||||||||||||||||||||||||
14. | Berapa kali tuntutan perjalanan (Borang Claim TNT) boleh dikemukan dalam sebulan? | |||||||||||||||||||||||||
Tuntutan perjalanan (Borang Claim TNT) boleh dikemukakan hanya sekali (1) sahaja merangkumi semua tugasan dalam bulan berkenaan. Jabatan berhak untuk menolak tuntutan kedua dan seterusnya bagi penugasan pada bulan yang sama. | ||||||||||||||||||||||||||
15. | Siapakah pegawai yang boleh dihubungi untuk membuat semakan status tuntutan? | |||||||||||||||||||||||||
Pegawai yang boleh dihubungi ialah Unit Kewangan, Bahagian KPSM, Ibu Pejabat JPK Putrajaya di talian (03-88865512). | ||||||||||||||||||||||||||
16. | Adakah kadar TNT Kerajaan dan Swasta sama? | |||||||||||||||||||||||||
TIDAK. Kadar TNT Kerajaan dan Swasta adalah berbeza. | ||||||||||||||||||||||||||
17. | Apakah yang perlu dilakukan sekiranya Borang Claim TNT lewat dihantar? | |||||||||||||||||||||||||
Kelewatan menghantar Borang Claim TNT mesti disertakan dengan surat tunjuk sebab dan perlu mendapat kelulusan KP, JPK. | ||||||||||||||||||||||||||
18. | Adakah pembayaran boleh dilakukan secara dalam talian? | |||||||||||||||||||||||||
Belum Sedia. | ||||||||||||||||||||||||||