Frequently Asked Question Finance

  
Payment (Finance)
 1.   Bilakah waktu operasi bagi Kaunter Pembayaran (Kewangan) beroperasi?
    Kaunter Pembayaran (Kewangan) beroperasi pada hari bekerja kecuali cuti umum. Masa operasi adalah seperti perincian di bawah dan tutup pada waktu rehat.

Jadual 1
Waktu Operasi Kaunter Kewangan Ibu Pejabat JPK Putrajaya, JPK Cyberjaya dan Pejabat Wilayah
   
JPK Waktu Operasi Urusan Kaunter 
Ibu Pejabat 
JPK Putrajaya
8.00 pagi – 4.00 petang
(Isnin – Jumaat)
Pembelian NOSS
Pendaftaran pelatih
Sijil hilang/ganti
JPK Cyberjaya 8.00 pagi – 5.00 petang
(Isnin – Jumaat)
Pembelian NOSS 
Pendaftaran pelatih/PPT/SLDN 
Sijil hilang/ganti
JPK Sabah 8.00 pagi – 5.00 petang
(Isnin – Jumaat)
Pembelian NOSS 
Penerimaan dokumen pendaftaran
JPK Sarawak 8.00 pagi – 5.00 petang
(Isnin – Jumaat)
Pembelian NOSS 
Penerimaan dokumen pendaftaran
JPK Tengah 8.00 pagi – 5.00 petang
(Isnin – Jumaat)
Pembelian NOSS 
Penerimaan dokumen pendaftaran
JPK Utara 8.00 pagi – 5.00 petang
(Isnin – Jumaat)
Pembelian NOSS 
Penerimaan dokumen pendaftaran
JPK Timur 8.00 pagi – 5.00 petang
(Isnin – Jumaat)
Pembelian NOSS 
(* Pembelian NOSS ditutup pada 
minggu terakhir setiap bulan)
Penerimaan dokumen pendaftaran
JPK Selatan 8.00 pagi – 5.00 petang
(Isnin – Jumaat)
Pembelian NOSS 
Penerimaan dokumen pendaftaran


     
 2.   Adakah penerimaan tunai boleh dilakukan di Kaunter Pembayaran (Kewangan) JPK?
   

Jadual 2

Jumlah Penerimaan Tunai Bagi Ibu Pejabat JPK Putrajaya, JPK Cyberjaya dan Pejabat Wilayah JPK
JPK Urusan Kaunter  Bayaran Tunai Boleh 
Diterima / Diproses
Ibu Pejabat 
JPK Putrajaya
Pembelian NOSS
Pendaftaran pelatih
Sijil hilang/ganti
Boleh
Bawah RM100
JPK Cyberjaya Pembelian NOSS 
Pendaftaran pelatih/PPT/SLDN 
Sijil hilang/ganti
Tidak Boleh
JPK Sabah Pembelian NOSS 
Penerimaan dokumen pendaftaran
Tidak Boleh
JPK Sarawak Pembelian NOSS 
Penerimaan dokumen pendaftaran
Tidak Boleh
JPK Tengah Pembelian NOSS 
Penerimaan dokumen pendaftaran
Boleh
JPK Utara Pembelian NOSS 
Penerimaan dokumen pendaftaran
Tidak Boleh
JPK Timur Pembelian NOSS 
(* Pembelian NOSS ditutup pada 
minggu terakhir setiap bulan)
Penerimaan dokumen pendaftaran
Tidak Boleh
JPK Selatan Pembelian NOSS 
Penerimaan dokumen pendaftaran
Tidak Boleh




     
3.   Berapa keping penerimaan Kiriman Wang (KW) atau Bank Draf (BD) yang boleh diterima dalam satu transaksi bagi mendapat resit pada hari yang sama?
    Penerimaan yang dibenarkan hanya 5 keping KW/BD untuk satu transaksi bagi mendapat resit pada hari yang sama. Penerimaan KW/BD yang melebihi 5 keping akan diterima dan diproses seperti biasa. Walau bagaimanapun, pengeluaran resit akan diberikan pada hari berikutnya bagi mengelakkan tempoh menunggu yang lama untuk setiap pelanggan.
     
 4.   Apakah bentuk bayaran yang diterima di kaunter kewangan Ibu Pejabat JPK Putrajaya?
    Hanya Bank Draf (BD) dan Kiriman Wang (KW) sahaja dibenarkan. Bayaran tunai dibenarkan bawah RM100. Manakala bayaran menggunakan WANG POS DAN CEK TIDAK DIBENARKAN.
     
 5.   Apakah prosedur bagi pembayaran untuk Calon Ulang Nilai? (Unit Pentauliahan)?
    Bayaran RM100 dikenakan pada setiap Calon Ulang Nilai. Nama calon mesti tertera di atas resit terhad kepada 10 nama sahaja. Sekiranya nama calon melebihi daripada 10 calon, resit akan dikeluarkan pada hari berikutnya kerana melibatkan masa menunggu yang lama. Selain itu mohon pihak Pusat Bertauliah menyatakan dengan jelas di cover letter Calon Ulang Nilai perkara-perkara berikut:
a) Jenis Pembayaran;
b) No KW/BD;
c) Jumlah Bayaran; dan
d) Senarai Nama Calon Ulang Nilai.

(*Bayaran Calon Ulang Nilai tidak boleh disekalikan dengan bayaran Pendaftaran SKM)

(**Sering kali kaunter kewangan menerima bayaran untuk Calon Ulang Nilai melibatkan wang pos yang begitu banyak kerana Pusat Bertauliah mengarahkan calon mana-mana yang gagal untuk membuat wang pos sendiri. Apabila melibatkan wang pos yang banyak, ini akan menyebabkan berlaku ralat yang banyak di Unit Kewangan melibatkan resit pembayaran. Perkara seperti ini adalah TIDAK DIGALAKKAN.)
     
6.   Bagaimana prosedur pembayaran bagi pembelian NOSS?
    Bayaran melalui tunai harus dibuat berdasarkan kepada Jadual 2 di atas. (**Wakil bagi pihak Pusat Bertauliah tidak dibenarkan sekiranya pembelian NOSS secara tunai melebihi RM100.)
     
7.   Bagaimanakah cara bayaran jika menggunakan Pesanan Tempatan (L.O)?
    • Cara bayaran EFT/BD/Kiriman Wang/CEK (Pusat Bertauliah Kerajaan);
• Digalakakan EFT; dan
• Atas nama “KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN”.
     
8.   Berapa lamakah tempoh masa pengeluaran invois?
    Invois akan dikeluarkan apabila Pesanan Tempatan (L.O) telah diterima dari unit berkaitan dalam tempoh 2 minggu.
     
9.   Berapa lamakah tempoh masa resit yang akan dikeluarkan?
    Bagi bayaran melalui EFT, ianya akan mengambil masa dalam tempoh 3 minggu hingga satu bulan kerana bayaran yang dibuat melalui EFT perlu menunggu laporan dari pihak JANM/Bank yang dikemukakan setiap 2 minggu sekali kepada Unit Kewangan Jabatan.
     
10.   Perihal Bayaran di Baucer Bayaran?
    Setiap bayaran yang dilakukan melalui EFT wajib meletakan nombor invois Jabatan untuk rujukan Jabatan (G2G) dan tujuan bayaran.
     
11.   Apakah maklumat perihal di dalam Pesanan Tempatan (L.O) yang perlu di catatkan?
    Perihal bayaran dalam Pesanan Tempatan (L.O) yang perlu dicatatkan bagi tujuan pembayaran dalam Pesanan Tempatan (L.O) perlu spesifik bagi tujuan bayaran. Cth: Pendaftaran SKM Pentauliahan, Pembaharuan dll.
     
12.   Bilakah tarikh akhir bagi penghantaran TNT?
    BTarikh akhir penghantaran TNT adalah sebelum atau pada 10 hari bulan berikutnya.
     
13.   Apakah dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama TNT?
    Dokumen yang perlu disertakan adalah seperti berikut:- 
a) Kenyataan TNT yang lengkap (Link borang);
b) Slip gaji @ perakuan gaji (Jelas dan mudah dibaca); 
c) Penyata Touch N Go / Salinan asal resit tol;
d) Salinan IC; 
e) Salinan akaun bank (Jelas dan mudah dibaca); 
f) Surat arahan tugasan; dan 
g) Resit asal (Hotel/Teksi/Bas/Keretapi/Kapal Terbang/ Grab). (* Setiap dokumen hendaklah diakui sah oleh pegawai yang melantik)
     
14.   Berapa kali tuntutan perjalanan boleh dikemukan dalam sebulan?
    Tuntutan perjalanan boleh dikemukakan hanya sekali sahaja merangkumi semua tugasan dalam bulan berkenaan. Jabatan berhak untuk menolak tuntutan kedua dan seterusnya bagi penugasan pada bulan yang sama.
     
15.   Siapakah pegawai yang boleh dihubungi untuk membuat semakan status tuntutan?
    Pegawai yang boleh dihubungi ialah Unit Kewangan, Bahagian KPSM, Ibu Pejabat JPK Putrajaya di talian (03-88865512).
     
16.   Adakah kadar TNT Kerajaan dan Swasta sama?
    TIDAK. Kadar TNT Kerajaan dan Swasta adalah berbeza.
     
17.   Apakah yang perlu dilakukan sekiranya TNT lewat dihantar?
    Kelewatan menghantar TNT mesti disertakan surat tunjuk sebab dan perlu mendapat kelulusan KP, JPK.
     
18.   Adakah pembayaran boleh dilakukan secara dalam talian?
    Belum Sedia.
     
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…