Soalan Lazim Pembelian NOSS

 Soalan Lazim Pembelian NOSS

 1.   Bagaimanakah cara pembelian NOSS dilaksanakan? Adakah NOSS boleh dibeli secara online?
   

Boleh. NOSS boleh dibeli secara online dengan mengkuti langkah-langkah berikut atau dapatkan panduan “Langganan NOSS online” dalam laman web MySPIKE:
i. Masuk ke laman web Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia (MySPIKE) iaitu www.myspike.my;
ii. Daftar masuk (log in) / pendaftaran baru (sign up);
iii. Pilih NOSS yang ingin dibeli; dan
iv. Bayar secara atas talian melalui online banking.

     
 2.   Apakah langkah-langkah sebelum membuat pembelian NOSS?
   

Nama dan kod NOSS hendaklah ditentukan/disemak terlebih dahulu sebelum membuat pembelian NOSS dengan merujuk Daftar Standard terkini di laman web JPK (www.dsd.gov.my) atau melalui sistem MySPIKE di menu utama dan klik pada Daftar Standard.

     
 
 
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…