Soalan Lazim Pembangunan NOSS

 Pembangunan NOSS

 1.   Apakah yang dimaksudkan dengan NOSS?
    National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) adalah dokumen yang menggariskan kompetensi minimum yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai kompetensi tersebut. Kompetensi yang diklusterkan dalam setiap NOSS dikenali sebagai Unit Kompetensi atau Competency Unit (CU).
     
 2.   Apakah yang dimaksudkan dengan National Competency Standard (NCS)?
    National Competency Standard (NCS) atau Standard Keterampilan Kebangsaan (SKK) adalah dokumen yang menggariskan kompetensi generik yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi pelbagai bidang pekerjaan. Ia boleh merentasi beberapa sektor atau bidang pekerjaan yang berkaitan serta tidak mempunyai tahap tertentu.
     
3.   Apakah ciri-ciri di antara NOSS dan NCS?  
   

 

Bil
Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (NOSS) Standard Kompetensi Kebangsaan (NCS)
1
Mempunyai tahap dari tahap 1 hingga tahap 5
Tiada tahap
2
Fokus kepada bidang yang khusus
Fokus kepada bidang tugas yang umum
3
Mempunyai laluan kerjaya tersendiri
Tiada laluan kerjaya
4
Sijil Kemahiran Malaysia (SKM/DKM/DLKM) & Persijilan Penyata Pencapaian
Persijilan Penyatan Pencapaian
  5 Terikat dengan masa latihan Tidak terikat dengan masa latihan yang khusus
  6 Kursus jangka panjang Kursus Kangka pendek
  7 Ada OS dan OAS Tiada OS dan OAS

 

     
 4.   Apakah yang dimaksudkan dengan Core Abilities (CA)?
   

Core Abilities (CA) adalah satu dokumen yang menggariskan kemahiran generik yang perlu ada pada setiap pekerja bagi satu-satu bidang pekerjaan. Salah satu fungsi Core Abilities (CA) adalah nilai tambah kepada keperluan latihan berasaskan NOSS.

Bagi tujuan pelaksanaan program Core Abilities (CA) yang lebih efektif, boleh merujuk kepada Panduan Pelaksanaan NCS-Core Abilities (JPK/07/NCS-CORE ABILITIES (P1)).

     
 5.   Bagaimanakah cara membuat permohonan Cadangan Pembangunan NOSS?
   

Permohonan Cadangan Pembangunan NOSS boleh dikemukakan kepada Ketua Pengarah Pembangunan Kemahiran (KPPK) dengan mengisi Borang Cadangan Pembangunan NOSS (JPK/NOSS/1008) yang boleh dimuatnaik di URL https://www.dsd.gov.my/images/perkhidmatan/NOSS/borang%20mohon%20pembangunan%20noss.doc

Pemohon boleh juga mendapatkan Panduan Pengisian Borang Cadangan Pembangunan NOSS serta Carta Alir Permohonan Standard Pekerjaan melalui pautan berikut:

a) Panduan Pengisian Borang Cadangan Pembangunan NOSS
https://www.dsd.gov.my/images/perkhidmatan/NOSS/panduan%20pengisian%20borang%20cadangan%2
0noss-penambahbaik_8.pdf

b) Carta Alir Permohonan Standard Pekerjaan
https://www.dsd.gov.my/images/perkhidmatan/NOSS/Carta%20Alir%20Permohonan%20Standard%20Pe
kerjaan%20-%20kemaskini%202.3.2021.pdf

     
 6.   Siapakah yang terlibat dalam pembangunan NOSS?
    NOSS dibangunkan oleh kumpulan pakar, pengamal industri dan pekerja mahir dalam bidang pekerjaan masing-masing mengikut industri berkaitan dengan bimbingan seorang fasilitator yang terlatih dan bertauliah.
     
 
  
 
 
  
 
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…