Soalan Lazim PPT - Verifikasi

VERIFIKASI

 1.   Bolehkah calon memohon sendiri sesi verifikasi PPL-PPT tanpa melalui Pegawai Penilai (PP-PPT)?

TIDAK BOLEH. Urusan permohonan sesi verifikasi PPL-PPT adalah dibawah tanggungjawab PP-PPT.

 2.   Sebagai calon PPT, bolehkah saya mencadangkan nama PPL-PPT untuk sesi verifikasi?
   

TIDAK BOLEH. Penugasan PPL-PPT adalah di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa JPK.

 3.   Berapa lamakah tempoh yang diambil oleh JPK untuk mengatur sesi verifikasi PPL-PPT?
   

Penugasan sesi verifikasi PPL-PPT dibuat dalam tempoh 14 hari waktu bekerja dari tarikh permohonan diterima dalam sistem.

 4.   Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya tidak dapat hadir pada sesi verifikasi PPL-PPT yang telah ditetapkan?
   

Keputusan verifikasi calon adalah gagal sekiranya calon tidak hadir pada sesi verifikasi PPL-PPT tanpa sebarang sebab yang munasabah seperti kecemasan, kemalangan dan kematian waris terdekat. Namun perlu memaklumkan kepada JPK beserta dokumen sokongan bagi urusan penangguhan.

 5.   Bolehkah calon/PP-PPT/PPL-PPT memohon pertukaran tarikh atau tempat verifikasi selepas ditetapkan oleh pihak JPK?
   

TIDAK BOLEH kerana penugasan PPL-PPT telah dibuat berdasarkan tarikh dan tempat cadangan daripada PP-PPT.

 6.   Bolehkah sesi verifikasi PPL-PPT dilaksanakan dengan hanya menilai portfolio sahaja tanpa kehadiran calon berkenaan?
   

TIDAK BOLEH. Keputusan verifikasi calon adalah gagal sekiranya calon tidak hadir pada sesi verifikasi PPL-PPT yang telah ditetapkan.

 7.   Adakah PPL-PPT boleh menyimpan portfolio calon?
   

TIDAK BOLEH. Portfolio yang dibangunkan adalah hak milik calon.

 8.   Sekiranya saya telah selesai sesi verifikasi, apakah tindakan saya yang seterusnya?
   

Sekiranya lulus, calon boleh membuat semakan status cetakan sijil dari masa ke semasa melalui sistem MySPIKE. Sekiranya gagal, calon boleh membuat permohonan semula beserta bayaran baharu sekiranya masih berminat.

 9.   Sekiranya saya gagal dalam sesi verifikasi, Bolehkah sesi ulang nilai dilaksanakan.
   

TIDAK BOLEH. Tiada sesi ulang nilai dibenarkan dalam pelaksanaan PPT. Sekiranya calon masih berminat, calon boleh membuat permohonan PPT semula dengan bayaran pendaftaran baharu.

 10.   Sekiranya saya gagal dalam sesi verifikasi penilaian LPKT bagi permohonan DKM atau DLKM, bolehkah saya memohon semula untuk sesi verifikasi penilaian LPKT sahaja?

TIDAK BOLEH. Bagi permohonan secara Penilaian Portfolio, penilaian akan dilaksanakan mengikut komponen sedia ada. Manakala,bagi permohonan secara Penilaian Amali, calon dibenarkan menduduki semula penilaian LPKT tanpa mengulang penilaian amali dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh lulus penilaian amali tersebut.

 11.   Bolehkah PP-PPT mencadangkan nama PPL-PPT dalam permohonan sesi verifikasi?
   

TIDAK BOLEH. Urusan penugasan PPL-PPT adalah di bawah tanggungjawab dan bidang kuasa JPK.

 12.   Bolehkah PP-PPT hadir semasa sesi verifikasi PPL-PPT?
   

PP-PPT dibenarkan hadir semasa sesi verifikasi PPL-PPT sekiranya diarahkan oleh JPK.

 13.   Apakah tindakan PP-PPT sekiranya calon tidak boleh hadir pada sesi verifikasi PPL-PPT yang telah ditetapkan?
   

PP-PPT perlu memaklumkan ketidakhadiran calon kepada PPL-PPT dan Desk Officer (D/O) yang berkenaan. Ketidakhadiran calon hanya dibenarkan sekiranya melibatkan kes-kes kecemasan (kemalangan, kematian waris terdekat).

 14.   Bolehkah PP-PPT mencadangkan tempat yang bersesuaian, sekiranya calon tidak dapat menetapkan tempat untuk sesi verifikasi?

BOLEH. PP-PPT boleh mencadangkan tempat verifikasi yang bersesuaian.

 15.   Bilakah PP-PPT boleh memohon sesi verifikasi PPL-PPT bagi calon di bawah bimbingannya?

PP-PPT boleh membuat permohonan sesi verifikasi PPL-PPT melalui sistem MySPIKE bagi calon sebaik sahaja sesi penilaian selesai dilaksanakan dan calon bersedia untuk dinilai oleh PPL-PPT. Permohonan hendaklah dibuat sebelum tamat Tempoh Maksimum Penilaian Keterampilan.

 16.   Siapakah yang bertanggungjawab untuk menguruskan permohonan sesi verifikasi PPL-PPT di PB-PPT?

Penyelaras di PB-PPT tersebut. Tugas Penyelaras PB-PPT adalah melantik PP-PPT dan memohon sesi verifikasi PPL-PPT.

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…