Perkhidmatan
Kelebihan dan Kegunaan Standard Kemahiran
Standard kemahiran memberi manfaat kepada semua pihak yang berkepentingan. Kejayaan projek pembangunan standard kemahiran dan ianya berguna kepada masyarakat bergantung pada penyertaan penuh dan komitmen semua pihak yang berkepentingan. Manfaat ini boleh digunakan sebagai penanda aras untuk menilai keberkesanan usaha bersama.
Kepentingan Kepada Majikan
- Menentukan tahap kemahiran tenaga kerja mahir
- Panduan menyenaraikan tugas dan skop kerja
- Menilai prestasi pekerja
- Menjimatkan kos dan masa melatih semula pekerja
- Meningkatkan kualiti produktiviti, inovasi dan daya saing
Kepentingan Kepada Pekerja
- Memberi maklumat skop tugas yang jelas
- Memberi maklumat peluang kerjaya dalam sektor yang berkaitan
- Membantu dalam peningkatan kerjaya
- Menjadi penanda aras prestasi kerja
- Membuat keputusan yang tepat bagi mengikut latihan yang sesuai untuk peningkatan kerjaya
- Membolehkan pekerja mengikuti latihan secara fleksibel berdasarkan unit kompetensi yang bersesuaian
Kepentingan Kepada Institusi Latihan Kemahiran / Pelatih
- Pembangunan kurikulum latihan yang tepat dan memenuhi kehendak industri
- Pusat latihan boleh merekabentuk program latihan sepenuh masa atau customised sejajar dengan keperluan industri
- Memahami dengan lebih jelas terhadap kemahiran yang diperlukan oleh industri
- Asas menilai keperluan latihan semula pengajar bagi memenuhi kehendak industri semasa
- Nasihat kerjaya yang tepat boleh diberi dengan efektif kepada pelatih
Panduan Dan Senarai Semak Permohonan Pentauliahan
Panduan ini hendaklah dibaca bersama dengan :
Bil
|
Tajuk
|
|
1
|
Panduan Perlaksanaan Sistem Penilaian bertarikh 28 November 2006 | Muat Turun |
2 | Penguatkuasaan Kod Amalan Pentauliahan Program Kemahiran (KAPPK) | Muat Turun |
3 | Panduan Pelaksanaan dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan | Muat Turun |
4 |
Panduan Pentauliahan dan Perlaksanaan Berasaskan NOSS Format Baharu Bagi Pusat Bertauliah DiBawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Note : Adalah dimaklumkan mulai 1 Jun 2013 permohonan pentauliahan dan pelaksaaan latihan berasaskan NOSS format baharu perlulah berdasarkan kepada PANDUAN PENTAULIAHAN DAN PELAKSANAAN BERASASKAN NOSS FORMAT BAHARU BAGI PUSAT BERTAULIAH DIBAWAH SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA yang dibaca bersama dengan Panduan Pelaksanaan dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah dibawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan 2012. |
Permohonan hendaklah dibuat secara online di http://www.myspike.my Pemohon hendaklah mendapatkan keahlian terlebih dahulu. Username dan password akan diberi melalui e-mail.
Bil
|
Tajuk
|
|
1
|
Borang Permohonan Pusat Bertauliah dan Program Kemahiran (Ambil dari Panduan Single Tier) | Muat Turun |
Pusat Bertauliah - Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PB-PPT)
Panduan dan Borang Permohonan PB-PPT
Bil
|
Tajuk
|
|
1
|
Berkuatkuasa 1 Oktober 2019, permohonan PB-PPT adalah secara dalam talian (online) melalui sistem aplikasi web https://www.myspike.my . Mohon rujuk Panduan Pengguna PB-PPT yang telah disediakan : | |
i. Manual Pengguna PB-PPT | Muat Turun | |
ii. Panduan Pelaksanaan PPT melalui PB-PPT | Muat Turun | |
2 | Peraturan - Peraturan Pentauliahan PB-PPT | Muat Turun |
Apa itu NOSS?
Definisi NOSS
Singkatan daripada National Occupational Skills Standard (NOSS) atau Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan. NOSS adalah dokumen yang menggariskan ketrampilan yang diperlukan oleh seseorang pekerja mahir yang bekerja di Malaysia bagi sesuatu bidang dan tahap pekerjaan serta laluan untuk mencapai ketrampilan tersebut.
Ciri-Ciri Utama NOSS
Berasaskan keperluan pekerjaan.
Mengikut struktur kerjaya di dalam sesuatu bidang pekerjaan.
Disediakan oleh pakar industri dan pekerja mahir yang menjalankan pekerjaan.
Apa itu SLDN ?
SLDN merupakan singkatan daripada Sistem Latihan Dual Nasional. ' Dual ' bermaksud latihan di dalam dua situasi pembelajaran iaitu tempat kerja yang sebenar dan institut latihan. Ianya dikendalikan melalui usahasama. Syarikat-syarikat dan institusi-institusi latihan.
Jangka Masa | Berdasaran kepada tahap kemahiran yang telah ditetapkan dalam Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM) |
Nisbah Amali- Teori |
70% hingga 80% latihan amali di industry dan 20% hingga 30% latihan teori di pusat latihan. |
Konsep | Pendekatan pembelajaran Kendiri (Self-reliant Learning) |
Kaedah Penyampaian | Day Release System
Contohnya latihan amali selama 4 hari di dalam Block Release System ( jika perlu ) |
Pelatih | Lepasan SPM, belia menganggur dan/atau pekerja yang sedang bekerja yang telah dipilih dan digaji oleh pihak syarikat. Syarikat tidak terikat untuk menawarkan pekerjaan selepas tamat latihan |
Elaun Latihan |
Semester 1 – RM 350.00 Sebulan Semester 2 – RM 400.00 Sebulan Semester 3 – RM 450.00 Sebulan Semester 4 – RM 500.00 Sebulan |
Penganugerahan Kelayakan |
Sijil Kemahiran Malaysia (1,2,3), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM)dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) |