Penutupan Sementara Operasi JPK di Ibu Pejabat Jpk Putrajaya, Pejabat JPK Cyberjaya, CIAST Dan Enam (6) Pejabat JPK Wilayah Di Seluruh Negara Selaras arahan Terkini PKP 3.0 dari 1 Jun 2021 Hingga 14 Jun 2021 dan Termasuk Tempoh Perlanjutan (jika ada)
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
PEMAKLUMAN
BERKAITAN PENUTUPAN SEMENTARA OPERASI JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK) DI IBU PEJABAT JPK PUTRAJAYA, PEJABAT JPK CYBERJAYA, CIAST DAN ENAM (6) PEJABAT JPK WILAYAH DI SELURUH NEGARA SELARAS ARAHAN TERKINI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP 3.0) OLEH YAB. PERDANA MENTERI DARI 1 JUN 2021 HINGGA 14 JUN 2021 DAN TERMASUK TEMPOH PERLANJUTAN (JIKA ADA)
Selaras arahan terkini Kerajaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan, pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran ingin memaklumkan bahawa Operasi Jabatan Pembangunan Kemahiran termasuk Operasi Kaunter Khidmat Pelanggan JPK di seluruh Negara akan DITUTUP SEMENTARA kepada orang awam mulai 1 Jun 2021 hingga 14 Jun 2021 dan termasuk tempoh perlanjutan (jika ada).
Sehubungan dengan itu, Jabatan ini boleh dihubungi menerusi perkhidmatan atas talian JPK yang beroperasi seperti biasa dan boleh diakses menerusi pautan seperti berikut:-
- Portal Rasmi JPK / Laman Sesawang JPK - www.dsd.gov.my
- Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia - www.myspike.my
- Facebook Rasmi JPK - www.facebook.com/jpkksm
- Aduan, Pertanyaan dan Cadangan - https://mohr.spab.gov.my
- Email Rasmi JPK - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Kenyataan ini juga adalah tertakluk kepada SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa.
KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
1 JUN 2021