Operasi Kaunter Khidmat Pelanggan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Selaras Arahan perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN)

 logo jata negara png 6

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

PEMAKLUMAN

BERKAITAN OPERASI KAUNTER KHIDMAT PELANGGAN JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN (JPK) SELARAS ARAHAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) FASA PERTAMA PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN)

 

Selaras pengumuman terkini Kerajaan berhubung Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN), pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) ingin memaklumkan bahawa Kaunter Khidmat Pelanggan, Ibu Pejabat JPK Putrajaya akan beroperasi bersandarkan kepada ketetapan berikut:-

 

            kaunter opening final

  1. Urusan pelanggan adalah secara janji temu Appointment;
  2. Urusan pelanggan yang tidak dapat dilaksanakan secara dalam talian; dan
  3. Urusan pelanggan secara Walk-In adalah tidak dibenarkan.

 

Namun demikian, operasi Kaunter Khidmat Pelanggan, Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) yang berada di Daerah/Negeri yang terlibat dengan arahan pematuhan PKP Fasa Kedua adalah tertakluk kepada arahan MKN, KKM dan PBT yang sedang berkuatkuasa. Sehubungan dengan itu, Jabatan masih boleh dihubungi menerusi talian rasmi JPK 03-8886 5589 (hunting line). Perkhidmatan atas talian Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) beroperasi seperti biasa dan boleh diakses menerusi pautan berikut:-

  1. Portal Rasmi JPK / Laman Sesawang JPK - www.dsd.gov.my
  2. Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia - www.myspike.my
  3. Facebook Rasmi JPK - facebook.com/jpkksm
  4. Aduan, Pertanyaan dan Cadangan - mohr.spab.gov.my
  5. Email Rasmi JPK - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Kenyataan ini juga adalah tertakluk kepada SOP Majlis Keselamatan Negara (MKN) dari semasa ke semasa.

 

 

KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

9 JULAI 2021

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…