Panduan Penyerahan Dokumen Permohonan Pentauliahan Program Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Kaedah Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) Jabatan Pembangunan Kemahiran

Ruj : JPK/702/1/10 JLD 15 (3)
Tarikh : 28 Jun 2019


Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan telah menyediakan Panduan Penyerahan Dokumen Permohonan Pentauliahan Program Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Kaedah Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB).

Sehubungan itu, bagi Pusat Bertauliah (PB) yang telah mengemukakan permohonan pentauliahan secara atas talian melalui www.skkm.gov.my, hendaklah mengemukakan dokumen sokongan permohonan sebagaimana yang telah ditetapkan dalam panduan ini bermula 1 Julai 2019. Muat turun panduan (di Menu Perkhidmatan -> Pusat Bertauliah atau di sini)


Sekian dimaklumkan.

 

Terima Kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Pekerja Amanah Aspirasi Negara”


Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…