Latar Belakang

jpk latabelakang

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), yang sebelum ini dikenali sebagai Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) merupakan Jabatan di bawah Kementerian Sumber Manusia yang telah ditubuhkan pada 2 Mei 1989 melalui penyusunan semula Lembaga Latihan Perindustrian dan Persijilan Ketukangan Kebangsaan (LLPPKK) yang ditubuhkan pada 1971. Nama MLVK telah ditukar kepada JPK setelah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652) berkuatkuasa bermula 1 September 2006.

Bagi memperkasa tujuan penubuhannya, JPK telah diperkukuhkan dengan penempatan Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) di bawah pengurusan Jabatan ini serta penubuhan enam (6) pejabat wilayah mengikut zon iaitu JPK Wilayah Tengah, JPK Wilayah Selatan, JPK Wilayah Utara, JPK Wilayah Timur, JPK Wilayah Sabah & Labuan dan JPK Wilayah Sarawak. 

 

JPK juga telah diakreditasikan dengan dua (2) persijilan ISO iaitu MS ISO 9001:2015 dan MS ISO/IEC 17024:2015

 

Ahli Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK)

Setiap pelantikan anggota Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (MPKK) perlu mendapat persetujuan Menteri Sumber Manusia kerana anggota MPKK merupakan penasihat utama kepada Menteri Sumber Manusia seperti yang dinyatakan di dalam Akta 652. Pada tahun 2023, seramai 22 orang anggota MPKK yang baharu telah dilantik.

Justeru itu, bagi meraikan kehadiran anggota baharu MPKK dalam merancakkan lagi usaha ke arah memartabatkan latihan kemahiran di negara ini, JPK telah mengadakan satu Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Anggota Baharu MPKK yang diserahkan oleh Yang Berhormat Menteri Sumber Manusia telah diadakan di Dewan Utama, Tingkat 7, Menara PERKESO Putrajaya pada 2 April 2024. 

Anggota Majlis yang dilantik bagi tempoh dari 6 Mac 2024 sehingga 5 Mac 2027 adalah seperti di Jadual 1.

JADUAL 1:
ANGGOTA TETAP MAJLIS PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN (MPKK)

DI BAWAH AKTA PEMBANGUNAN KEMAHIRAN KEBANGSAAN 2006 [AKTA 652]
(6 MAC 2024 – 5 MAC 2027)

BIL  KEANGGOTAAN
MAJLIS
ANGGOTA TETAP
MPKK
 1.  Pengerusi  YB ENCIK STEVEN SIM CHEE KEONG
Menteri
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)
 2.  Timbalan Pengerusi  YBHG. DATO’ HAJAH NORISON BINTI RAMLI
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Antarabangsa)
Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Antarabangsa)
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)
 3.  Ketua Pengarah
 Pembangunan
 Kemahiran (KPPK)
 Ts. ZULEAH BINTI DARSONG
Ketua Pengarah, Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)
 4.  Seorang (1) anggota
 mewakili Unit Perancang
 Ekonomi di Jabatan
 Perdana Menteri
EN. CHE RAHIM BIN DAUD
Pengarah
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Kementerian Ekonomi (KE)
 5.  Seorang (1) anggota
 mewakili Jabatan
 Perkhidmatan Awam
 EN. JAMALULAIL BIN ABU BAKAR
Pengarah
Bahagian Pembangunan Modal Insan
Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
 6.   Seorang (1)
 mewakili Kementerian
 yang bertanggungjawab
 bagi pelajaran
TS. ZULKERNAI BIN FAUZI
Pengarah
Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV)
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) 
7.  Seorang (1) anggota
 mewakili Kementerian
 yang bertanggungjawab
 bagi pengajian tinggi
 YBRS. DR. MOHD ZAHARI BIN ISMAIL
Ketua Pengarah
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK)
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT)
 8.   Seorang (1) anggota
 mewakili Kementerian
 yang bertanggungjawab
 bagi sumber manusia
YBHG. DATO’ HAJAH NORISON BINTI RAMLI
Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Antarabangsa)
Pejabat Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar & Antarabangsa)
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA)
 9.   Seorang (1) anggota
 mewakili Kementerian
 yang bertanggungjawab
 bagi belia dan sukan
EN. SHAHRUL AFFENDI BIN BAHARUDIN
Pengarah Kemahiran,
Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia (BPKB),
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 
 10.   Seorang (1) anggota
 mewakili Kementerian
 yang bertanggungjawab
 bagi pembangunan
 usahawan dan koperasi
YBRS. DR. SALMAH BINTI SATHIMAN
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pembangunan Ekosistem Keusahawanan
Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) 
 11.   Seorang (1) anggota
 mewakili Kementerian
 yang bertanggungjawab
 bagi pertanian
PN. AISHAH BINTI HJ YUSOFF
Ketua Penolong Pengarah Kanan (Perancangan)
Bahagian Pembangunan Kapasiti Latihan Pertanian (BPKLP)
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM)
 12.   Seorang (1) anggota
 mewakili Kementerian
 yang bertanggungjawab
 bagi kerja raya
 PN. HAMDIAH BINTI ISMAIL
Setiausaha Bahagian
Bahagian Dasar dan Antarabangsa
Kementerian Kerja Raya (KKR)
13.  Enam (6) orang
 anggota mewakili
 sektor swasta
 EN. NIK MUSTAPHA BIN NIK MOHAMED
Timbalan Presiden
Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF)
 14.   Enam (6) orang
 anggota mewakili
 sektor swasta
EN. JAMIL BIN BAKRI
Ketua Pegawai Eksekutif
Government-Industry TVET Coordination Body (GITC)
15.  Enam (6) orang
 anggota mewakili
 sektor swasta
EN. AZLI BIN HAJI NORALI
Ketua Sumber Manusia
Majlis Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia
(FMM) 
 16.   Enam (6) orang
 anggota mewakili
 sektor swasta
EN. SHAH AMIRUDIN BIN IDRIS
Presiden
Persatuan Institut-institut Latihan Pelancongan Malaysia (ATTIM) 
 17.   Enam (6) orang
 anggota mewakili
 sektor swasta
EN. MD PARIZAL BIN JAMIAN
Pengurus
Bermaz Auto Berhad 
 18.   Enam (6) orang
 anggota mewakili
 sektor swasta
PN. LAI SWEE FONG
Naib Presiden
Persatuan Hotel Malaysia (MAH) 
 19.   Dua (2) orang
 anggota yang mempunyai,
 pada pendapat Menteri,
 pengetahuan khas atau
 pengalaman dalam
 latihan kemahiran
IR. NURIMAN BIN YUSOP
Pengarah
Bahagian Kemahiran dan Teknikal
Majlis Amanah Rakyat (MARA) 
20.  Dua (2) orang
 anggota yang mempunyai,
 pada pendapat Menteri,
 pengetahuan khas atau
 pengalaman dalam
 latihan kemahiran
TS. Dr. MOHD HATTA BIN JOPRI
Pensyarah Kanan
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) 
 21.   Seorang (1) anggota
 yang mewakili penyedia
 latihan kemahiran
 swasta
TS. Dr. RAVINTHIRAN A/L RAMASAMY
Presiden
Persekutuan Pusat Bertauliah JPK Malaysia (FeMAC) 
 22.   Seorang (1) anggota
 yang mewakili
 pertubuhan wanita
YBHG. DATIN DR. NORLAILI BINTI ALIAS
Presiden
Persatuan Usahawan Wawasan Wanita Malaysia
(WAWASANITA) 

 

  • Menilai dan mengesyorkan secara berterusan keperluan kemahiran pada masa kini dan akan datang bagi tenaga kerja mahir dan separuh mahir;
  • Mengesan dan menilai pelaksanaan aktiviti-aktiviti dan program- program latihan vokasional yang ada sekarang yang dijalankan oleh institusi-institusi latihan awam bagi memastikan ianya sejajar dengan keperluan-keperluan dan keutamaan-keutamaan latihan vokasional serta memperakukan pindaan dan perubahan yang sesuai;
  • Menilai dan menentukan keperluan untuk memperkembangkan program-program latihan sedia ada atau penubuhan program-program latihan baru oleh institusi-institusi latihan awam yang menjalankan latihan vokasional;
  • Memberi nasihat kepada kerajaan ke atas kesesuaian cadangan-cadangan mengenai program-program latihan vokasional yang dikemukakan oleh agensi-agensi latihan awam,dengan keperluan-keperluan dan keutamaan-keutamaan latihan vokasional;

Bahagian Hubungan Industri & Kerjasama Strategik (BHIKS)

 Bahagian Hubungan Industri & Kerjasama Strategik (BHIKS) terbahagi kepada tiga (3) unit:


i)Unit Pengurusan Badan Peneraju Industri (ILB)

  1. Mengenalpasti dan mengadakan perbincangan serta khidmat runding bersama organisasi/agensi yang memohon atau diperlukan oleh jabatan untuk pelantikan ILB baharu.
  2. Mengurus dan menyelaras Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal ILB bagi menentusahkan pelantikan, pembaharuan dan penamatan ILB.
  3. Mengurus dan menyelaras aktiviti pemantauan Promosi SPKM seperti SLaPB/SLDN/PPT/NOSS/OF kepada industri.
  4. Menyelaras, mengumpul, membuat analisa dan menyediakan laporan aktiviti dan prestasi ILB.
  5. Menyelaras pangkalan data penawaran dan permintaan mengikut kehendak industri semasa dan future jobs (penyelarasan dengan ILMIA, DOSM dan industri).
  6. Menyelaras dan menguruskan persijilan pekerja industri di bawah ILB berdasarkan sektor industri MSIC.
  7. Menyelaras dan menguruskan aktiviti ILB dengan bahagian berkaitan.
  8. Menyelaras dan mengadakan perbincangan bersama ILB bagi memastikan OF/ NOSS/Kajian yang akan dibangunkan adalah menepati kehendak industri.
  9. Menyelaras pakar industry (ILB) sebagai panel untuk pembangunan OF/NOSS/Kajian.
  10. Merancang, mengurus dan melaksana aktiviti Jawatankuasa Penasihat Pembangunan Kemahiran (JPPK) bidang Ujian Tanpa Musnah bagi menyokong akreditasi Persijilan ISO/IEC 17024.
  11. Mengenalpasti Industri dan SME yang bersesuaian dan memenuhi Centre of Technology.

 

ii) Unit Kerjasama

  1. Mengenalpasti agensi/industri dan bentuk kerjasama yang akan dijalankan antara agensi/industri dan jabatan.
  2. Memberi penerangan dan khidmat runding kepada agensi/industri berkenaan fungsi jabatan.
  3. Menyedia dan membangunkan kertas cadangan/dokumen kerjasama.
  4. Mengurus dan menyelaras majlis menandatangani MoU/NoU.
  5. Menyelaras dan mempertemukan agensi/industri dengan bahagian berkaitan di jabatan.
  6. Memantau, menyelaras pelaksanaan dan menyediakan laporan aktiviti kerjasama jabatan dengan agensi/industri.
  7. Menganalisa keberkesanan aktiviti kerjasama yang dijalankan bagi memastikan kerjasama tersebut mencapai objektif.
  8. Menjalankan kerjasama dengan agensi/industri berkaitan bagi mengenalpasti, mengumpul dan menyelaras maklumat dan data tenaga mahir.
  9. Merancang, menyelaras dan menghubungkan agensi kerajaan, institusi TVET dan pemain industri.
  10. Mengurus dan menyelaras maklumat job creation dalam teknologi baru kepada institusi TVET (kerjasama dengan Bahagian Komunikasi Korporat, KSM).

 

iii) Unit Pengurusan Pengiktirafan Kemahiran

  1. Mengenalpasti program dan universiti yang berpotensi dan sesuai dengan pengiktirafan kemahiran.
  2. Menyelaras dan mengurus artikulasi sijil dengan universiti tempatan dan luar negara (awam dan swasta).
  3. Membuat penyelarasan pemetaan antara SKM/ DKM/DLKM dengan program universiti berkaitan.
  4. Memantau dan melaporkan program yang telah ada laluan artikulasi.
  5. Penyelarasan bersama KPM/KPT berkenaan data kemasukan, syarat-syarat kemasukan program terkini dan pengecualian kredit.
  6. Mengurus dan melaksanakan aktiviti promosi berkenaan dengan laluan kerjaya DKM, DLKM ke Universiti Awam dan swasta.
  7. Menyelaras dan mengurus pertemuan antara lepasan DKM/DLKM dengan universiti berkenaan.
  8. Menyelaras dan mengurus aktiviti bagi tujuan mendapatkan pengiktirafan luar seperti agensi/ badan pelesenan (Contoh Suruhanjaya Tenaga, CIDB, TWI terhadap pemegang sijil termasuklah pengiktirafan JPA dan lain-lain agensi)
  9. Mengenalpasti persijilan luar/profesional yang boleh dipadankan dengan bidang berkaitan di institusi TVET.
  10. Menyelaras pemetaan modul latihan bagi kedua-dua pihak yang berkaitan.
  11. Merancang, mengurus dan menyelaras aktiviti Centre of Excellence & Centre of Technology antara industri dan agensi TVET berdasarkan teknologi terkini IR 4.0 dan emerging technology.

Bahagian Kelayakan Kemahiran Pekerjaan Malaysia (MOSQ)

Bahagian Kelayakan Kemahiran Pekerjaan Malaysia /  Malaysian Occupational Skills Qualification (MOSQ) terbahagi kepada dua(2) cawangan iaitu :-

A) Cawangan Pentauliahan

    1.  Menguruskan Pentauliahan Bagi Pusat Latihan Yang Ingin Menjalankan Program Latihan Kemahiran Berdasarkan Standard Kemahiran                                                               Pekerjaan Kebangsaan. 

         i.  Memproses permohonan pentauliahan pusat bertauliah dan program kemahiran bagi Tahap 1, 2, 3, DKM dan DLKM.

        ii.  Memproses permohonan pelaksanaan pengambilan pelatih antarabangsa.

    2. Menguruskan Kawalan Jaminan Kualiti Sistem Pentauliahan Di Pusat Bertauliah Dalam Melaksanakan Tanggungjawab Berkaitan  
         Penawaran, Pentadbiran Dan Pengekalan Kualiti Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.

         i.   Mengendali Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia menerusi pemantauan perlaksanaan latihan kemahiran.

               a)  Menguruskan pendaftaran pelatih melalui kaedah pentauliahan.

               b)  Menguruskan kawalan Sistem Jaminan Kualiti Persijilan di pusat bertauliah iaitu Kerja Kursus, Penilaian Akhir, Projek Akhir dan Latihan Industri.

               c)  Menguruskan proses verifikasi Pegawai Pengesah Luaran melalui sistem pentauliahan pusat bertauliah dan menganalisa laporan verifikasi Pegawai Pengesah                      Luaran (PPL).                                       

              d)  Menguruskan pengeluaran Sijil melalui kaedah pentauliahan.

              e)  Menguruskan tuntutan perjalanan dan elaun PPL.

         ii.  Mengurus dan mengendalikan Skim Pensijilan Kebangsaan SPKM (pengurusan ujian kemahiran kebangsaan) bagi program Ujian Tanpa Musnah (Non-Destructive               Testing – NDT).

              a)  Mengendalikan aktiviti penilaian calon peperiksaan NDT (calon baru, calon mengulang dan calon persijilan semula) di pusat-pusat peperiksaan yang dilantik                          sehinggalah pengeluaran slip markah peperiksaan.

              b)  Mengendalikan pengeluaran Sijil SKM bagi permohonan persijilan baru, pembaharuan persijilan (setiap 5 tahun) dan persijilan semula (10 tahun) dan                                    permohonan sijil hilang / rosak / silap cetak.
 
           

B) Cawangan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT)

    i.   Unit Pendaftaran & Operasi PPT1
    ii.  Unit Operasi PPT 2
    iii. Unit Pensijilan & Operasi PPT 3

Bahagian Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)

Bahagian Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) terbahagi kepada 3 Seksyen iaitu : 

1) Seksyen Jalinan Strategik

     i.  Unit Multinational Corporation (MNC) / Government-Linked Company (GLC)
     ii. Unit Small and Medium Enterprise (SME) 

2) Seksyen Kurikulum & Pentauliahan

     i.  Unit Kurikulum Luar
     ii. Unit Pentauliahan

3) Seksyen Operasi dan Pelaksanaan

     i. Unit Penyelarasan
     ii. Unit Penilaian & Persijilan

 

Fungsi Bahagian SLDN

i. Menyelaras dan mengurus program promosi/penerangan/penggalakan terhadap syarikat GLC, MNC, SME, Persatuan dan organisasi lain untuk terlibat dalam pelaksanaan SLDN.

ii. Mengurus dan membangunkan Learn & Work Assignment (LWA) sebagai dokumen soalan penilaian, kriteria penilaian pengetahuan, kriteria penilaian kemahiran dan pengetahuan yang akan digunapakai oleh industri.

iii. Mentauliah syarikat/pusat latihan dan organisasi sebagai Pusat Bertauliah SLDN.

iv. Menyelaras aktiviti latihan, penilaian, persijilan dan kawal selia mutu aktiviti pelaksanaan program SLDN di Pusat Bertauliah SLDN.

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…