Pemakluman Pelaksanaan Bayaran Pentauliahan dan Pendaftaran Bermula 1 Julai 2020
Ruj : JPK/700/5 Jld 41 (21)
Tarikh : 26 Jun 2020
Salam Kemahiran,
Adalah dimaklumkan bahawa mulai 1 Julai 2020, bayaran bagi urusan pentauliahan dan pendaftaran pelatih Pusat Bertauliah (PB SLaPB), pendaftaran PPT serta pembelian NOSS boleh dibuat secara atas talian ( Online Payment). Bentuk bayaran sedia ada melalui Pesanan Tempatan, Bank Deraf dan Kiriman Wang kepada Jabatan masih dibenarkan. Bagi tujuan tersebut, pemohon perlu memilih satu medium bayaran sahaja pada satu-satu masa seperti Jadual 1.
Jadual 1 : Kaedah Bayaran Bagi Pentauliahan, Pendaftaran Pelatih, Pendaftaran PPT dan Pembelian NOSS
Bil | Urusan / Bentuk Bayaran | Bayaran Secara Atas Talian (Online Payment) |
Pesanan Tempatan / Bank Deraf / Kiriman Wang |
1
|
Pentauliahan |
Bayaran hanya untuk satu (1) kategori permohonan dan melibatkan satu transaksi sahaja pada satu-satu masa. |
Pesanan Tempatan / Bank Deraf / Kiriman Wang yang sama boleh digunakan untuk satu (1) atau lebih kategori permohonan pentauliahan. |
2 | Pendaftaran Pelatih |
i. Bayaran perlu dibuat hanya untuk satu (1) kumpulan pelatih dan melibatkan satu transaksi sahaja pada satu-satu masa.
|
i. Pesanan Tempatan / Bank Deraf / Kiriman
|
3 | Pendaftaran PPT |
i. Bayaran hanya untuk satu (1) permohonan dan melibatkan satu transaksi sahaja pada satu-satu masa.
|
i. Pesanan Tempatan / Bank Deraf / Kiriman
|
4 | Pembelian NOSS |
Bayaran untuk satu (1) transaksi boleh digunakan untuk satu (1) atau lebih bilangan NOSS. |
Pesanan Tempatan/ Bank Deraf / Kiriman Wang yang sama boleh digunakan untuk satu (1) atau lebih bilangan NOSS. |
Sehubungan itu, pemakluman pelaksanaan bayaran pentauliahan dan pendaftaran pelatih bermula 1 Julai 2020 No Ruj : JPK/700/5 Jld 41 (17) bertarikh 16 Jun 2020 adalah terbatal.
Sekian terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Pekerja dan Cabaran Budaya Norma Baharu”
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran,
Kementerian Sumber Manusia
Muat turun Dokumen
Hebahan pelaksanaan bayaran pentauliahan dan pendaftaran pelatih bermula 1 Julai 2020
Rajah 1 - Carta Alir Proses Pendaftaran Pelatih Baharu & Ulang Nilai
Rajah 2 - Carta Alir Pelaksanaan Bayaran Pendaftaran Persijilan Kemahiran Malaysia Melalui Kaedah PPT