Pelaksanaan Permohonan Jawatan Pegawai Penilai-Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PP-PPT) Kendiri di PB-PPT

Bagi tujuan melancarkan pelaksanaan Penilaian bagi Calon PPT, Jabatan Pembangunan Kemahiran telah bersetuju untuk mewujudkan jawatan Pegawai Penilai PPT Kendiri di Pusat Bertauliah PPT. Sehubungan itu mana-mana Pegawai Penilai di Pusat Bertauliah PPT yang telah memenuhi syarat boleh mengemukakan permohonan melalui system MySPIKE (www.myspike.my) di bawah modul  Permohonan Personel mulai 4hb Januari 2021. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Syarat dan Prosedur Permohonan PP-PPT Kendiri.

SYARAT DAN PROSEDUR PERMOHONAN JAWATAN PP-PPT KENDIRI

1. SYARAT PERMOHONAN

     i. Telah hadir dan lulus Kursus Induksi PP-PPT;
     ii. Memiliki pengalaman kerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam bidang berkaitan;
     iii. Telah mendapat Perakuan Pengiktirafan Kelayakan sebagai Personel Pentauliahan dalam bidang berkaitan;
     iv. Hanya boleh dilantik pada PB-PPT berkenaan sahaja;dan
     v. Mengemukakan surat lantikan PP-PPT Kendiri dari Pusat Bertauliah (PB). Format surat lantikan adalah seperti berikut >>Klik Disini<<.

2. PROSEDUR PERMOHONAN

     i. Permohonan jawatan PP-PPT Kendiri boleh dibuat secara dalam talian melalui www.myspike.my di bawah modul Permohonan Personel
     ii. Permohonan akan diproses mengikut prosedur seda ada bagi kelulusan jawatan personel
     iii. Tempoh lantikan adalah selama 3 tahun

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…