Jemputan Ke Program Webinar SkillsMalaysia 2021 – Bidang Automobile Technology Dan Cooking

webinar auto cooking

 

 

 

JEMPUTAN KE PROGRAM WEBINAR SKILLSMALAYSIA 2021 – BIDANG AUTOMOBILE TECHNOLOGY DAN COOKING

Merujuk kepada perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan, Unit SkillsMalaysia Bahagian Pemantauan Projek (PMO), Jabatan Pembangunan Kemahiran akan mengadakan satu Program Webinar SkillsMalaysia 2021 mengikut bidang kemahiran. Program Webinar SkillsMalaysia 2021 merupakan salah satu pendekatan dalam usaha menyampaikan maklumat berkaitan Pertandingan Kemahiran kepada warga kemahiran dalam keadaan sekarang dan mendatang serta merupakan sebahagian daripada norma baru.

Sesi webinar ini akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut :

i) Bidang Automobile Technology
Tarikh : 09 Februari 2021 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Dalam Talian
Penceramah : Mr Cheah Wing Yew, Pakar/Hakim Bidang Automobile Technology
Link Pendaftaran : https://us02web.zoom.us/webinar/register/WN_cyQ2y9aoQjuQXYAPVFrxJA

ii) Bidang Cooking
Tarikh : 09 Februari 2021 (Selasa)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Dalam Talian
Penceramah : Chef Farouk bin Othman, Pakar dan Hakim Bidang Cooking
Link Pendaftaran : https://us02web.zoom.us/webinar/register/WN_TDMQTKpATua5p3euQSnW3A

(Hanya 100 Peserta bagi setiap Bidang yang berdaftar dapat mengikut secara dalam Talian melalui Zoom Webinar)

 

3. Walaubagaimanapun, sesi webinar ini akan disiarkan secara Langsung di Laman Facebook Rasmi JPK di pautan berikut https://www.facebook.com/jpkksm.


4. Sehubungan dengan itu, dijemput semua warga kemahiran untuk menyertai Program Webinar SkillsMalaysia 2021 ini sempena dengan tema WSI 2021 “Year of Innovation, Showcasing and Promotion”.

 

Perhatian dan kerjasama dari tuan/puan amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih.

"PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19"

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…