Tarikh Tutup (Cut Off) Pendaftaran Perantis Program Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Plus Melalui Sldn Plus Oleh Pusat Latihan SLDN

logo jata negara png 6

 

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

PEMAKLUMAN TERKINI

 

TARIKH TUTUP (CUT OFF) PENDAFTARAN PERANTIS PROGRAM SISTEM LATIHAN DUAL NASIONAL (SLDN) PLUS MELALUI SLDN PLUS OLEH PUSAT LATIHAN  SLDN

 

Adalah dimaklumkan bahawa pelaksanaan Program SLDN Plus tahun 2021 telah menghampiri penghujung dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sedang memuktamadkan keperluan sebenar peruntukan Program SLDN Plus dan maklumat ini bergantung kepada bilangan perantis yang berdaftar melalui MySPIKE.

Sehubungan itu, semua pusat latihan yang telah ditawarkan hendaklah melaksanakan pendaftaran perantis Program SLDN Plus melalui MySPIKE selewat-lewatnya pada 31 Oktober 2021. Pendaftaran yang dilakukan selepas tarikh ini tidak akan dipertimbangkan.

Sekian, terima kasih.

 

KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN

25 Oktober 2021

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…