Pembukaan Semula Sektor Perkhidmatan Latihan Kemahiran Dalam Tempoh Pemulihan Negara Bagi Semua Fasa
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
PEMAKLUMAN
PEMBUKAAN SEMULA SEKTOR PERKHIDMATAN LATIHAN KEMAHIRAN DALAM TEMPOH PELAN PEMULIHAN NEGARA BAGI SEMUA FASA
Sebagaimana pemakluman bertarikh 18 November 2021, sektor perkhidmatan latihan kemahiran dibenarkan untuk dibuka semula mulai 15 Oktober 2021 di semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Dengan mengambilkira perkembangan terkini dan selaras dengan Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertarikh 26 November 2021, pengurusan aktiviti pembelajaran dan pengajaran di Pusat Bertauliah juga perlu ditambahbaik mulai tarikh pemakluman ini.
1. Kemasukan semua pelatih dan staf ke Pusat Bertauliah (PB) adalah berdasarkan status vaksinasi seperti berikut
a) Pelatih dan staf yang telah lengkap divaksin/tidak layak menerima vaksin atas sebab kesihatan hendaklah melakukan:
i. Ujian kendiri RTK-Ag setiap kali bergejala sepanjang berada di dalam premis PB. Kos pengujian adalah ditanggung oleh PB; atau
ii. Ujian kendiri RT-Ag setiap kali kembali ke PB selepas cuti panjang (seperti cuti penggal atau cuti umum). Sesi pengujian perlu dipantau oleh PB semasa melapor diri. Kos pengujian adalah ditanggung oleh PB.
b) Pelatih dan staf yang tidak divaksin/layak untuk divaksin tetapi memilih untuk tidak menerima vaksin perlu melakukan:
i. Ujian kendiri RTK-Ag secara berkala (seminggu sekali). Kos pengujian adalah ditangung oleh pelatih / staf;
ii. Ujian kendiri RT-Ag setiap kali kembali ke PB selepas cuti panjang (seperti cuti penggal atau cuti umum). Sesi pengujian perlu dipantau oleh PB semasa melapor diri. Kos pengujian adalah ditangung oleh pelatih / staf; atau
iii. Ujian kendiri RTK-Ag setiap kali bergejala sepanjang berada di dalam premis PB. Kos pengujian adalah ditangung oleh pelatih / staf.
2. Perkara-perkara berikut juga adalah terpakai:
a) Pematuhan sepenuhnya ke atas semua protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti pemeriksaan suhu badan, mengimbas MySejahtera, mengamalkan penjarakan fizikal, penggunaan hand sanitizer dan sentiasa memakai pelitup muka sepanjang masa; dan
b) Pelatih dan staf PB yang memasuki Sarawak, Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan perlu mematuhi arahan semasa ke semasa Kerajaan Negeri;
3. Walau bagaimanapun, polisi pekerjaan berkaitan status vaksinasi staf adalah di bawah bidang kuasa Pusat Bertauliah masing-masing.
Sehubungan dengan kenyataan ini, pemakluman berkaitan Pembukaan Semula Sektor Perkhidmatan Latihan Kemahiran Dalam Tempoh Pelan Pemulihan Negara Bagi Semua Fasa bertarikh 18 November 2021 adalah terbatal. Selain daripada itu, perkhidmatan atas talian JPK boleh diakses menerusi pautan:-
v |
Portal Rasmi JPK / Laman Sesawang JPK |
- |
|
v |
Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia |
- |
|
v |
Facebook Rasmi JPK |
- |
facebook.com/jpkksm |
v |
Aduan, Pertanyaan dan Cadangan |
- |
mohr.spab.gov.my |
v |
Email Rasmi JPK |
- |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
v |
Talian Rasmi JPK |
- |
03-8886 5589 |
KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
21 MAC 2022