Notis Pemakluman kepada PPA-PPT supaya mengemukakan semula permohonan baharu sebagai PPA-PPT
Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah mengemaskini dan menambah baik proses permohonan sebagai Pusat Penilaian Amali melalui Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPA-PPT). Sehubungan itu PPA-PPT yang telah dibenarkan melaksanakan penilaian amali melalui kaedah PPT sebelum 2021 hendaklah mengemukakan permohohonan baharu selewat-lewatnya 31 Disember 2022. Sekiranya permohonan semula tidak dikemukakan, status PPA-PPT terdahulu adalah terbatal.