Pentauliahan Program Baharu Dan Penambahan Program Noss Pengajaran TVET Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia

Ruj : JPK.700/1/1/2 Jld 3 (12)      

Tarikh: 1 November 2022

 

PENTAULIAHAN PROGRAM BAHARU DAN PENAMBAHAN PROGRAM NOSS PENGAJARAN TVET DI BAWAH SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA

Dimaklumkan bahawa NOSS Operasi Latihan Vokasional (I-031-3:2014) dan Pelaksanaan Pendidikan & Latihan Vokasional (I-031-4:2014) telah dijumudkan dan digantikan dengan NOSS Pengajaran TVET (P853-002-4:2021). Walau bagaimanapun, pentauliahan program baharu dan penambahan program bagi NOSS Pengajaran TVET (P853-002-4:2021) buat masa ini tidak dibuka untuk permohonan pentauliahan kepada semua Penyedia Latihan Kemahiran kecuali Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) dan Kampus Satelit CIAST sahaja. Namun demikian, bagi Pusat Bertauliah sedia ada yang telah ditauliahkan program Operasi Latihan Vokasional (I-031-3:2014) dan tempoh pentauliahan program masih sah, boleh melaksanakan program berkenaan sehingga tamat tempoh pentauliahan.

 

Sekian, terima kasih.

"WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030" 

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
"Pekerja Tonggak Keluarga Malaysia dalam Pemulihan Negara"

Ketua Pengarah

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…