Pemakluman : Penyebaran Iklan Promosi Yang Mengelirukan Menggunakan Nama Jabatan Pembangunan Kemahiran
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
PEMAKLUMAN
PENYEBARAN IKLAN PROMOSI YANG MENGELIRUKAN MENGGUNAKAN NAMA JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
Sejak kebelakangan ini, terdapat kewujudan banyak iklan-iklan promosi yang mengelirukan terutama berkaitan pengambilan pelajar yang menggunakan nama Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK). Iklan sedemikian disebarkan secara meluas melalui pelbagai medium khususnya di media sosial termasuk aplikasi Whatsapp dan Telegram.
Jabatan ini ingin menegaskan bahawa iklan-iklan berkenaan bukan dikeluarkan oleh pihak JPK dan Jabatan ini juga tidak terlibat dalam sebarang aktiviti yang dinyatakan dalam iklan pengambilan pelajar berkenaan. Sehubungan itu, orang ramai khususnya ibu bapa dan bakal pelajar adalah diingatkan agar membuat semakan terhadap setiap kandungan iklan terlebih dahulu. Sebarang kekeliruan atau pertanyaan berhubung iklan-iklan yang disebarkan boleh dikemukakan kepada Jabatan ini melalui medium dan platform berikut:
1. |
Portal Rasmi JPK / Laman Sesawang JPK |
: |
|
2. |
Sistem Pengurusan Integrasi Kemahiran Malaysia |
: |
|
3. |
Facebook Rasmi JPK |
: |
facebook.com/jpkksm |
4. |
Aduan, Pertanyaan dan Cadangan |
: |
mohr.spab.gov.my |
5. |
Email Rasmi JPK |
: |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
6. |
Talian Rasmi JPK |
: |
03-8886 5589 |
7. |
Aplikasi Whatsapp |
: |
019-274 5590 / 019-298 5591 |
Jabatan ini juga akan meneruskan pemantauan terhadap iklan-iklan berkaitan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia selaras dengan ketetapan di bawah Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan 2006 (Akta 652).
KETUA PENGARAH PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
6 JANUARI 2023