Kajian Pembangunan Pelan Strategik Latihan Kemahiran JPK 2026 - 2030
Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sedang menjalankan kajian bertujuan untuk mengumpulkan maklum balas bagi membangunkan kerangka dasar dan pelan strategik latihan kemahiran JPK.
Soal selidik ini terbuka kepada pemegang taruh TVET yang terdiri daripada agensi kerajaan, majikan, industri, penyedia latihan, pengajar TVET dan yang berkaitan. Soal selidik ini hanya mengambil masa tidak lebih dari 20 minit dan ia akan dibuka dari 19 April 2024 sehingga 3 Mei 2024. Pihak JPK amat menghargai sokongan dan komitmen yang diberikan dalam menjawab soal selidik ini. Segala maklumat dalam borang soal selidik adalah DIRAHSIAKAN dan digunakan bagi tujuan kajian ini sahaja. Kerjasama, penglibatan dan keprihatinan Tuan / Puan dalam kajian ini amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.
Link kaji selidik adalah seperti berikut: https://forms.gle/KKhaTaT27s4c5wYr5