Pelaksanaan Panduan Pentauliahan Program dan Pelaksanaan Latihan Kemahiran Melalui Sistem Latihan Program Bertauliahn (SLaPB) di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (Permohonan Pengeluaran Sijil)

Tarikh : 21 Disember 2018
Rujukan: JPK/700/74 Jld 1 (1)


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.


YBhg. Prof./Dato’/Datin/Tuan/Puan,


Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah membangunkan Panduan Pentauliahan Program dan Pelaksanaan Latihan Kemahiran melalui Sistem Latihan Program Bertauliah (SlaPB) di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia-Permohonan Pengeluaran Sijil. Sehubungan itu, bagi PB/Pemohon yang akan mengemukakan permohonan pengeluaran sijil, hendaklah mematuhi prosedur permohonan pengeluaran sijil berdasarkan panduan tersebut yang akan berkuatkuasa pada 1 Januari 2019. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan YBhg. Prof./Dato’/Datin/Tuan/Puan bolehlah menghubungi 03-88862468. Kerjasama dari semua amatlah dihargai.

 

Sekian, terima kasih

Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia

 

Muat turun Dokumen 

save  Surat Pemakluman Pelaksanaan

save  Panduan Pengeluaran Sijil

save  Borang Permohonan Pengeluaran Sijil

 

** Borang dan Panduan diatas juga boleh didapati di menu Perkhidmatan - > Persijilan -> Permohonan Pengeluaran Sijil

Pindaan Pemakluman Berkaitan Pemansuhan Pelaksanaan Kelulusan Pentauliahan Program Secara Bersyarat Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Mulai 1 Januari 2019

Ruj     :        JPK/702/1/10 JLD 14 (36)

Tarikh :        18 Disember 2018

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan telah mengkaji semula keputusan pemansuhan pelaksanaan kelulusan pentauliahan program secara bersyarat di bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia mulai 1 Januari 2019 yang telah dihebahkan melalui arahan pentadbiran (No. Rujukan : JPK/702/1/10 JLD 14 (18) bertarikh 30 Julai 2018.

Selaras dengan ini, Jabatan telah memutuskan supaya tiada lagi kelulusan pentauliahan program secara bersyarat akan dikeluarkan mulai 1 Januari 2019, kecuali untuk dua (2) keadaan berikut :

  1. Pentauliahan program bagi NOSS / NCS baharu; dan
  2. Pentauliahan pembaharuan program untuk menyelesaikan pelatih sedia ada sahaja.

Sehubungan itu, selain dua keadaan di atas, Penyedia Latihan Kemahiran / Pusat Bertauliah hendaklah mematuhi semua kriteria pentauliahan program kerana tiada lagi kelulusan secara bersyarat akan diberikan selepas tarikh kuatkuasa.

Justeru, hebahan yang telah dikeluarkan melalui rujukan JPK/702/1/10 Jld. 14 (18) bertarikh 30 Julai 2018 adalah terbatal.

Sekian dimaklumkan. Terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Pekerja Berkemahiran Peneraju Kecemerlangan Negara”

Ketua Pengarah

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia

 

Muat Turun Dokumen

save Pindaan Pemakluman Berkaitan Pemansuhan Pelaksanaan Kelulusan Pentauliahan Program Secara Bersyarat Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Mulai 1 Januari 2019

 

Permohonan Kelulusan Pengiklanan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia

Ruj : JPK 800-2/1/1 ( 27 )
Tarikh : 13 Disember 2018


Penyedia Latihan Kemahiran /Pusat Bertauliah


Y.Bhg. Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


Adalah dimaklumkan Mesyuarat Jawatankuasa Tindakan Di Bawah Akta 652 (JKTA 652) Bil. 4/2018 bertarikh 9 Oktober 2018 telah memutuskan semua Penyedia Latihan Kemahiran, Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia hendaklah membuat permohonan kelulusan pengiklanan kepada Ketua Pengarah sebelum penyiaran sesuatu iklan.
Arahan ini berkuatkuasa serta-merta kepada semua Penyedia Latihan Kemahiran yang diluluskan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran sebagai Pusat Bertauliah Sistem Pentauliahan, Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) dan Pengiktirafan Pencapaian Terdahulu (PPT).

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Pekerja Berkemahiran Peneraju Kecemerlangan Negara”


Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia
18 Disember 2018

 

Muat turun Makluman

save Memo Pemakluman

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…