Pindaan Terhadap Syarat Tambahan Pentauliahan bagi Program Kemahiran Area Pengasuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
PINDAAN PERKARA 2.3(b) DALAM PANDUAN PELAKSANAAN DAN SYARAT PENTAULIAHAN PUSAT BERTAULIAH DI BAWAH SISTEM PERSIJILAN KEMAHIRAN MALAYSIA BERASASKAN STANDARD KEMAHIRAN PEKERJAAN KEBANGSAAN – SYARAT TAMBAHAN PENTAULIAHAN BAGI PROGRAM KEMAHIRAN AREA PENGASUHAN DAN PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 2018 (JPK/700/114(1))
Ruj : JPK/700/114(12)
Tarikh : Oktober 2020
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan telah membuat pindaan Panduan Pelaksanaan Dan Syarat Pentauliahan Pusat Bertauliah Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia Berasaskan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan – Syarat Tambahan Pentauliahan Bagi Program Kemahiran Area Pengasuhan Dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2018 (JPK/700/114(1)) terhadap perkara 2.3(b) seperti berikut :
Perkara “2.3(b) Nisbah PP dengan pelatih adalah 2:25”
dipinda kepada
“Nisbah PP dengan pelatih adalah 1:25”
Tiada perubahan kandungan bagi perkara lain dalam panduan tersebut. Panduan yang telah dipinda boleh dimuat turun melalui portal Jabatan.
Muat Turun Panduan
Makluman Hebahan Panduan Syarat Tambahan - Program CHILDCARE - Pindaan Oktober 2020
Panduan Syarat Tambahan - Program CHILDCARE - Pindaan Oktober 2020
Sekian dimaklumkan. Terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Pekerja Dan Cabaran Budaya Norma Baharu”
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia