Piagam Pelanggan Bahagian PMO

Piagam Pelanggan

1. Menghasilkan perancangan pembangunan latihan, laporan penyelidikan, penilaian, analisis dasar, analisis data, ulasan dan jawapan mengenai isu-isu latihan kemahiran bagi memenuhi keperluan penggubal dasar dalam masa yang ditetapkan.

2. Menyediakan data dan maklumat latihan kemahiran yang terkini, tepat dan sahih mengikut tempoh masa yang dipersetujui.

3. Memberi jawapan, ulasan dan maklumbalas dengan segera terhadap isu-isu latihan kemahiran yang memerlukan perhatian dan tindakan penggubal dan pemutus dasar.

Piagam Pelanggan

JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN BERJANJI AKAN :  

 

i. Melahirkan pekerja mahir bagi menampung keperluan industri negara melalui pentauliahan program latihan kemahiran di pusat bertauliah dan mencapai sekurang-kurangnya 90% siap proses pentauliahan dalam tempoh tiga (3) bulan bagi setiap permohonan.

                        

ii. Memproses semua permohonan Perakuan dan Pengiktirafan Personel Pusat Bertauliah (Tenaga Pengajar) dan Personel Penilaian dan Verifikasi dalam tempoh 30 hari bekerja dari tarikh permohonan lengkap diterima.
 
 
iii. Memastikan aduan awam yang diterima diberi maklumbalas dalam tempoh tiga (3) hari.
 

Carta Organisasi

Visi, Misi dan Objektif

 

Visi
Peneraju dalam pembangunan sumber manusia mahir bertaraf dunia.

 

Misi
Membangunkan sumber manusia yang berpengetahuan (k-Pekerja) yang berdaya saing.

 

Objektif
Dua (2) Objektif utama JPK adalah:

  • Menyelaras dan mengawal pelaksanaan sistem latihan kemahiran bagi melahirkan k-Pekerja untuk keperluan pekerjaan dan pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa.
  • Membuat penyelidikan dan membangun Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (SKPK) bagi meningkatkan kualiti sumber manusia mahir berterusan ke arah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara.
We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…