Soal selidik kepuasan pelanggan sistem eSPKM ver 2.0
Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah membangunkan Sistem eSPKM untuk aplikasi dalam proses pendaftaran pelatih, permohonan verifikasi Pegawai Pengesah Luaran (PPL), permohonan pengeluaran Sijil dan Penarafan Bintang. Dari masa ke semasa aplikasi sistem ini akan diperluaskan ke modul-modul lain seperti pentauliahan dan pemantauan dan lain-lain. Sehubungan dengan itu, mulai 1 Ogos 2017, pilot test Sistem eSPKM v2.0 telah dilaksanakan kepada semua Pusat Bertauliah di Negeri Melaka melibatkan modul pendaftaran pelatih. Seterusnya bermula 1 November 2017, penggunaan Sistem eSPKM v2.0 telah diperluaskan kepada semua PB di seluruh negara. Soal selidik ini adalah bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas pihak pengguna sama ada penyelaras, personel pentauliahan di PB, PPL, pegawai JPK dan mana-mana pihak yang terlibat terhadap penggunaan sistem ini terhadap kepuasan pelanggan Sistem eSPKM v2.0. Hasil soal selidik ini akan digunakan untuk menambah baik sistem dan dan khidmat sokongan kepada pelanggan pada masa hadapan.
Maklumbalas boleh diberikan melalui capaian berikut: