Tempoh Masa Permohonan Pengeluaran Sijil SKM/DKM/DLKM/PC Di Bawah Pusat Bertauliah (PB)
TEMPOH MASA PERMOHONAN PENGELUARAN SIJIL SKM/DKM/DLKM/PC
DI BAWAH PUSAT BERTAULIAH (PB)
JABATAN PEMBANGUNAN KEMAHIRAN
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA
Ruj : JPK/700/51 Jld 13 ( 31 )
Tarikh : 3 Oktober 2017
Salam Sejahtera dan Salam Negaraku,
Adalah dimaklumkan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sedang dalam proses penambahbaikan pengurusan Sijil SKM/DKM/DLKM/PC di bawah kendalian Jabatan ini.
Sehubungan dengan itu, PB adalah dinasihatkan supaya membuat semakan status permohonan lengkap pengeluaran Sijil SKM/DKM/DLKM/PC kepada JPK selepas tiga (3) bulan daripada permohonan Sijil dikemukakan kepada JPK sekiranya masih belum menerima Sijil tersebut. Sekiranya PB gagal untuk membuat semakan status Sijil tersebut selepas enam (6) bulan dari tarikh permohonan lengkap, PB dikehendaki mengemukakan bukti-bukti permohonan pengeluaran Sijil terdahulu sebagai bukti pengesahan kepada JPK.
Selain itu, bagi PB yang telah menerima Sijil SKM/DKM/DLKM/PC tetapi terdapat kesilapan pada Sijil tersebut, PB hendaklah mengemukakan permohonan pembetulan Sijil tersebut dalam tempoh dua(2) bulan selepas tarikh cetakan Sijil tersebut.
Peraturan baharu ini berkuatkuasa bagi permohonan pengeluaran Sijil SKM/DKM/DLKM/PC yang diterima bermula 1 November 2017.
Sekian terima kasih.
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi”
Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia