Pemberian Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) Tahun 2017 - Sesi 2
Adalah dimaklumkan bagi semua pusat bertauliah yang melaksanakan program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) di bawah Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia yang untuk tahun ini adalah dipelawa untuk membuat permohonan segera.
Pelajar yang layak menerima BB1M:
a. Warganegara Malaysia;
b. Berada di Malaysia dalam tempoh pelaksanaan BB1M;
c. Sedang melanjutkan pengajian dan berstatus aktif di pusat dalam tempoh hingga 31 Disember 2016;
d. Menuntut di istitusi pengajian di bawah seliaan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) atau institusi pengajian yang berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa; dan
e. Sedang melanjutkan pengajian secara sepenuh masa dan separa masa.
Sehubungan dengan ini, pemohonan BB1M hendaklah dikemukakan secara softcopy kepada JPK selewat-lewatnya pada 2 Januari 2017 (Isnin) melalui emel kepada: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. dengan disertakan maklumat berikut:
Pendaftaran calon secara online:
a. Borang Pengesahan Pendaftaran Calon SKM (JPK/T1002) bagi pendaftaran menggunakan sistem e-SKM; dan
b. Salinan resit bayaran pendaftran dari JPK; dan
c. Softcopy borang maklumat calon BB1M (download)
Sebarang pertanyaan sila menghubungi :
Bil | Nama | No Tel | Emel |
1 | Pn. Norshahizem Binti Mohd. Nor | 03-8886309 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
2 | En. Muhammad Shawwal bin Mohamad Rawi | 03-88862465 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |