Tempoh Masa Permohonan Pengeluaran Sijil SKM/DKM/DLKM/PC Di Bawah Pusat Bertauliah (PB)

TEMPOH MASA PERMOHONAN PENGELUARAN SIJIL SKM/DKM/DLKM/PC

DI BAWAH PUSAT BERTAULIAH (PB)

JABATAN PEMBANGUNAN  KEMAHIRAN

KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

 

 

Ruj     : JPK/700/51 Jld 13 (  31   )       

Tarikh : 3 Oktober 2017

Salam Sejahtera dan Salam Negaraku,

Adalah dimaklumkan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sedang dalam proses penambahbaikan pengurusan Sijil SKM/DKM/DLKM/PC di bawah kendalian Jabatan ini.

Sehubungan dengan itu, PB adalah dinasihatkan supaya membuat semakan status permohonan lengkap  pengeluaran Sijil SKM/DKM/DLKM/PC kepada JPK selepas tiga (3) bulan daripada permohonan Sijil dikemukakan kepada JPK sekiranya masih belum menerima Sijil tersebut. Sekiranya PB gagal untuk membuat semakan status Sijil tersebut selepas enam (6) bulan dari tarikh permohonan lengkap, PB dikehendaki mengemukakan bukti-bukti permohonan pengeluaran Sijil terdahulu sebagai bukti pengesahan kepada JPK.

Selain itu, bagi PB yang telah menerima Sijil SKM/DKM/DLKM/PC tetapi terdapat kesilapan pada Sijil  tersebut, PB hendaklah mengemukakan permohonan pembetulan Sijil tersebut dalam tempoh dua(2) bulan selepas tarikh cetakan Sijil tersebut.

Peraturan baharu ini berkuatkuasa bagi permohonan pengeluaran Sijil SKM/DKM/DLKM/PC yang diterima bermula 1 November 2017.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

“Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi”

Ketua Pengarah

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia

Makluman Pelaksanaan Sistem Espkm Ver 2.0 Kepada Semua Pusat Bertauliah (Pb) Di Bawah Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia(Spkm)

Ruj : JPK /700/43/1 Bil ( 50 )
Tarikh : 25 Oktober 2017

Salam Sejahtera dan Salam Kemahiran,

Adalah dimaklumkan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) telah membangunkan satu sistem yang dikenali sebagai Sistem eSPKM Ver 2.0 bagi memantapkan proses sedia ada dalam pelaksanaan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia (SPKM).

Mulai 1 Ogos 2017, penggunaan Sistem eSPKM Ver 2.0 ini telah dibuat secara Pilot Projek kepada semua PB Melaka untuk pendaftaran pelatih dan penilaian. Susulan daripada itu, Jabatan akan memperluaskan penggunaan sistem ini kepada semua PB lain. Sehubungan itu, semua PB hendaklah mengunakan Sistem eSPKM Ver 2.0 berkuatkuasa 1 November 2017 melalui capaian http://staging.skkm.gov.my/espkm Sebarang pertanyaan berkaitan penggunaan sistem ini bolehlah menghubungi helpdesk 03-8886 5527 dan 03-8886 2309.


Sekian,Terima Kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“Pekerja Kreatif Pencetus Inovasi ’’


Ketua Pengarah
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Kementerian Sumber Manusia

 

Muat turun Dokumen

save Makluman Pelaksanaan

save Carta Alir Proses Pendaftaran Pelatih

save Senarai Semak Pendaftaran Pelatih

save Panduan Penggunaan Sistem eSPKM Versi 2.0

Maklumbalas Syarat Kelayakan Masuk ke Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) di Pusat Bertauliah Jabatan Pembangunan Kemahiran

Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang mengumpul maklumat berkaitan syarat kelayakan masuk pelatih ke Program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dan Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) di semua Pusat Bertauliah (PB) JPK dari tahun 2014 hingga 2017. Data dan maklumat ini sangat penting bagi membantu pihak Jabatan untuk menggubal polisi, dasar, strategi dan panduan berkaitan bagi meningkatkan pelaksanaan program TVET di Malaysia. Soalselidik ini mempunyai 5 bahagian iaitu :

Bahagian A - Maklumat PB
Bahagian B - Syarat Kelayakan Masuk ke Program SKM, DKM dan DLKM di PB tahun 2014
Bahagian C - Syarat Kelayakan Masuk ke Program SKM, DKM dan DLKM di PB tahun 2015
Bahagian D - Syarat Kelayakan Masuk ke Program SKM, DKM dan DLKM di PB tahun 2016
Bahagian E - Syarat Kelayakan Masuk ke Program SKM, DKM dan DLKM di PB tahun 2017
Bahagian F - - Syarat Kelayakan Masuk Pelatih Yang Ditetapkan oleh PB ke Program SKM, DKM dan DLKM

Maklumbalas boleh diberikan melalui link :

https://goo.gl/forms/9knYU6rxOiXTd2jk2

atau muat turun disini >>Templet data Single System - JPK<< dan emelkan kepada: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. atau Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Sehubungan dengan itu, kerjasama pihak PB untuk menyediakan input yang diperlukan dengan melengkapkan soalselidik ini dengan kadar segera. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat diperlukan bagi melengkapkan soal selidik ini selewat-lewatnya pada 13hb NOVEMBER 2017.

Di atas kerjasama tuan/puan melengkapkan maklumbalas ini didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Jabatan Pembangunan Kemahiran

Kementerian Sumber Manusia

6 November 2017

Pemakluman Perlanjutan Tarikh Pendaftaran Pelatih Bagi Sesi 4/2017

Tawaran Berkhidmat Sebagai Pakar/Hakim Pertandingan Kemahiran Di Bawah Anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran Dan Kementerian Kerja Raya

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…