[UTUSAN MALAYSIA] Perantis Kolej Vokasional Kajang terima Sijil Kemahiran MalaysiaTahap 3

Utusan Malaysia, 12 Februari 2018

 

Perantis Kolej Vokasional Kajang terima Sijil Kemahiran MalaysiaTahap 3

Perantis Automotif Servis Selepas Jualan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) Kolej Vokasional Kajang menduduki penilaian akhir teori dan praktikal untuk Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 di kolej itu, baru-baru ini.

Pengajar Automotif Servis Selepas Jualan SLDN Kolej Vokasional Kajang, Azmie Arshad berkata, penilaian akhir ini disahkan oleh pegawai pengesah luar daripada Tafe College, Seremban yang dilantik oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) Putrajaya dan diselia oleh pengajar-pengajar SLDN Kolej Vokasional Kajang.


“Diharap perantis ini akan mempergunakan segala ilmu yang dipelajari sama ada di kolej atau semasa latihan di industri untuk mengekalkan dan mempertingkatkan lagi kemahiran mereka dalam bidang automotif dengan menempuh alam pekerjaan yang sebenar pada usia 18 tahun.

“Hal ini menepati matlamat program SLDN iaitu perantis te-rus bekerja dalam bidang pengkhususan selepas tamat program,” katanya.

Seramai 13 perantis yang menduduki penilaian akhir ini me-rupakan pelajar yang mendaftar masuk pada Mei 2016, kohort ketiga kemasukan pertengahan tahun sejak diperkenalkan kemasukan dua kali setahun pada tahun 2014.

Program SLDN di Kolej Vokasional Kajang mula dilaksanakan pada tahun 2011.

Sementara itu, perantis terbaik, Afif Muammar Sidik Kamsari bersyukur kerana dapat mengikuti program itu dan lulus dengan cemerlang.

“Walaupun permohonan kemasukan pada Januari ditolak tetapi berkat doa ibu bapa akhirnya diterima juga masuk pada ambilan Mei 2016,” katanya yang kini bekerja di sebuah bengkel kenderaan ternama di Bandar Baru Bangi, Selangor.

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…