Program Bimbingan Pentauliahan SLaPB 2020


Program ini adalah bertujuan memberi bimbingan dan khidmat nasihat kepada wakil Penyedia Latihan Kemahiran (PLK) yang terlibat dengan proses penyediaan dokumen permohonan untuk Pentauliahan Program Kemahiran berdasarkan Kod Amalan Pentauliahan Program Kemahiran (KAPPK). Program ini akan merangkumi prosedur permohonan, proses kerja, dasar, kriteria, standard dan juga khidmat nasihat sebelum PLK mengemukakan permohonan pentauliahan program kepada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).


Program Bimbingan Pentauliahan SLaPB untuk tahun 2020 akan dijalankan seperti maklumat berikut :

BIL TARIKH MASA TEMPAT JUMLAH PESERTA BAYARAN
1. 12 Mac 2020

9.00

pagi

1.00 petang

Bilik Mesyuarat Dahlia, Aras 2
Jabatan Pembangunan Kemahiran
Blok 4803, Suite 0-10, CBD Perdana
Off Persiaran Multimedia
63000 Cyberjaya, Selangor
(Sebarang perubahan akan dimaklumkan kemudian)
Dihadkan kepada 20 orang setiap sesi dan dua peserta bagi setiap PLK Tiada bayaran dikenakan.
(Semua kos pengangkutan dan penginapan adalah ditanggung oleh PLK. Jabatan hanya menyediakan makan/minum 
pagi bagi sesi ini)
2. 16 April 2020
3. 18 Jun 2020
4. 5 Ogos 2020
5. 1 Oktober 2020
6. 19 November 2020

Wakil PLK  yang berminat hendaklah mengisi Borang Penyertaan Program Bimbingan Pentauliahan SLaPB 2020 yang disertakan. Borang penyertaan yang lengkap diisi hendaklah diemailkan kepada pegawai penyelaras berikut:

save Borang Penyertaan Porgram Bimbingan Pentauliahan SLaPB 2020

 

Mohamad Uzair bin Mat Deris

No. Tel : 03-8886 5483
Email    : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

* Sekiranya terdapat pertanyaan, sila email pegawai penyelaras tersebut.

 

We use cookies to improve our website. By continuing to use this website, you are giving consent to cookies being used. More details…